Info & Tips Vol.1

entri kali ini ialah mengenai pelbagai info dan tips yang dikumpul untuk maklumat semua. kadang-kadang info-info tertentu sangat berguna untuk kita dalam dunia pemotoran. sedikit info dari saya untuk anda


bagi pengguna kereta, brake pad memainkan peranan penting untuk memberhentikan kereta, jangan ambil mudah dengan sistem brake kereta anda, pilihlah brake pad yang bagus. gambar atas menunjukkan perbezaan antara pad MYVI (atas) dan pad ERV (bawah). didapati permukaan yang contact dengan disc pad ERV lebih besar daripada permukaan pad MYVI, jadi braking pad ERV lagi mantap


lagi close up antara pad MYVI dengan ERV, nampak lagi lebar yang ERV punya


sehubungan dengan itu, saiz antara pad MYVI dengan ERV adalah sama besar cuma contact pad pada disc je lebar yang ERV. pengguna MYVI bolehlah menukar pad dengan menggunakan pad brake ERV, masuk macam tu je dan tak perlu apa-apa pengubahsuaian. BRAKE PAD SUZUKI ERV PLUG N PLAY PADA CALIPER MYVI


foglamp memainkan peranan penting bagi kereta selain daripada mencantikkan cahaya pada waktu malam dapat membantu menambahkan kecerahan cahaya pada waktu malam untuk pemanduan kita. cahaya kuning amat sesuai digunakan pada suasana berkabus kerana cahaya kuning dapat menembusi kabus daripada cahaya putih yang kebanyakkannya gagal kalau di dalam hujan yang lebat


saya menggunakan kit HID H3 pada foglamp kereta saya dan inilah hasilnya pada waktu malam. gambar atas ialah cahaya headlamp biasa + cahaya HID foglamp, nampak lebih jelas dan sangat terang. kena minor mod untuk pasang bulb HID pada foglamp, cari entri blog mengenai pemasangan HID pada foglamp


ini pula ialah minyak gearbox keluaran mitsubishi khusus untuk gearboc LSD, namun boleh diguna pakai pada gearbox manual tanpa LSD, lagi baik. harga untuk 4 liter ialah sekitar rm150-rm170


saya mengubah kedudukan coil plug ke tempat lain kerana laluan asal cable plug telah terhalang oleh hose fuel regulator, nampak tak kemas. oleh itu saya pindahkan dan susun semula cable plug seperti di atas


ini gambar selepas siap sepenuhnya


bagi pengguna enjin mivec menjadi perkara biasa pada gear 5 kelajuan 100kmj dengan kedudukan meter rpm3.2k seperti di atas. normal kalau wira 1.3/1.5 100kmj dengan gear 5 rpm berada pada kedudukan 3k


ini pula ialah bagi pengguna enjin turbo GSR, mesti ada U hose untuk water cooled oil cooler pada bahagian oil filter. kebanyakannya hose ini lama kelamaan akibat wer n tear akan bocor dan menyebabkan coolant menitik dan kalau kes yang lebih teruk boleh menyebabkan overheat. penyelesaiannya mod seperti di atas dengan menggunakan hose silikon untuk menggantikan U hose asal


139dB... ini lah kekuatan bunyi horn stebel nautilus made in italy, dan jangan tertukar dengan made in taiwan yang menggunkan jenama nautilus sahaja. horn biasa sekitar 85dB - 90dB sahaja


cover minyak brake dan minyak power steering yang dibeli direct dari jepun dengan harga lebih kurang rm5 satu unit dan kalau harga di negara kita rm45 seunit


condenser fan evo sangat baik dipasang pada kereta anda kerana menghasilkan angin yang kuat. pemasangannya pula ialah pada bahagian hadapan kereta dan ini bermakna hembusan angin direct ke condenser, seterusnya menjadikan sistem penyejukkan kereta anda lebih berkesan. kalau dah pasang fan evo ini, lebih baik keluarkan condenser fan asal pada radiator


oil pressure gauge sangat penting bagi enjin yang telah diubahsuai kerana dapat memantau tekanan minyak hitam di dalam enjin sama ada kuat atau tidak. dalam keadaan idling pressure minyak hitam di dalam enjin sebaik-baiknya ialah antara 25psi -30psi, masa cruising sekitar 50psi - 60psi dan semasa wide open throttle sekitar 75psi - 80 psi. ada enjin lebih tinggi lagi daripada yang saya nyatakan bergantung kepada kekuatan oil pump masing-masing. kalau bacaan rendah bermakna tekanan minyak kurang kuat dan kemungkinan oil pump telah lemah


ini ialah barang-barang yang diorder untuk seorang kawan bagi menjalani proses top overhaul enjin 4G92M. harga barang di atas tu dah mencecah 1.2k

sekian, terima kasih
jumpa lagi