Info & Tips Vol.2

sedikit info dan tips mengenai barangan kereta yang perlu diketahui dan kebanyakan daripada kita hanya memasang sesuatu peralatan mengikut pomen masing-masing. sedikit sebanyak kita juga perlu tahu apa yang perlu dan apa yang telah dilakukan terhadap kereta kita. ada seorang rakan pengunjung blog saya telah emailkan kepada saya mengenai bagaimana keretanya yang berfungsi cemerlang, tidak ada apa-apa masalah tetapi sebaik sahaja mengambil keretanya selepas ditinggalkan untuk servis tukar minyak yang rutin dilakukan pada kebanyakan kereta, gearbox kereta telah rosak dan tidak boleh masuk gear...buang minyak keluar bersama minyak ialah habuk-habuk besi, tak tahu sama ada suratan, kebetulan ataupun tindakan seseorang... kesian member tu dan saya tak tahu apa kesudahannya sekarang


ini ialah thermostat yang perlu ada bagi sesebuah kereta untuk mengoptimumkan dan menjaga suhu enjin agar dapat beroperasi dengan baik. thermostat sangat perlu bagi kereta dan kebanyakan pomen main buang sahaja benda ini yang boleh mengakibatkan enjin lambat panas terutamanya semasa cold start, perlu ambil masa yang lama untuk suhu enjin mencapai normal temp. kebanyakan kereta terutamanya proton menggunakan suhu 82 degree tetapi standard enjin mivec menggunakan 76.5 degree. saya terpaksa order dari UK untuk memperoleh suhu 76.5 degree untuk enjin kereta saya dan digunakan sehingga sekarang tanpa ada masalah


anti roll bar atau sway bar memainkan peranan penting untuk menjaga kestabilan kereta semasa memandu terutamanya semasa mengambil selekoh atau memandu dengan kelajuan tinggi. anti roll bar standard bagi kereta wira seperti 2 bahagian bawah gambar (lihat gambar di atas) dan atas sekali ialah anti roll bar evo. penggunaan anti roll bar standard disambungkan ke lower arm dengan menggunakan bush sate tetapi anti roll bar evo menggunakan drop link yang disambungkan ke absorber, walaupun kecil tapi handling menjadi sangat mantap apabila menggunakan sistem anti roll bar evo 2/3. yang penting absorber mesti ada 'telinga' untuk disambungkan dengan drop link


flywheel di atas ialah dari kereta mivec dengan tertera marking 92V dan dengan adanya marking ini kita dapat tahu asal dari manakah kereta tersebut. lain kereta lain markingnya


ini ialah lubang pada gearbox untuk dimasukkan driveshaft... lubang lurus dan tidak ada apa-apa halangan di dalamnya merupakan lubang gearbox LSD dan kalau terdapat halangan sebatang besi di dalam lubang ini, ia merupakan gearbox biasa tanpa LSD. gearbox LSD ada dua jenis iaitu semi LSD dan fully lock LSD. untuk mengenal pasti sama ada semi atau fully iaitu kalau kita jack dua-dua tayar kereta dan pusingkan satu bahagian tayar dan sebelah lagi seseorang menahannya... kalau dapat pusing bermakna semi LSD dan kalau ditahan oleh seseorang pada tayar sebelah dan kita tidak dapat memusingkannya bermakna fully LSD


penggunaan servo brake double layer seperti di atas boleh memantapkan lagi sistem braking kereta dan ramai yang menaiktaraf enjin tetapi lupa untuk menaiktaraf sistem brake. gambar di atas ialah servo brake double layer nissan SR20, boleh dipadankan pada kereta wira tetapi perlu mod satu paip seperti bulatan di atas kerana servo mitsu atau proton pipe tersebut terletak di sebelah kanan pump tetapi servo nissan ini di sebelah kiri pump. bagi saya lebih suka menggunakan servo nissan SR20 kerana lebih lembut dari servo evo tetapi braking mantap


ini ialah lower link atau bahasa mudah dipanggil 'tulang anjing' kedudukannya ialah pada bahagian belakang kereta wira/mitsu. gambar atas ialah lower link evo yang ternyata lebih baik jika dibandingkan dengan lower link proton kerana besi evo bulat dan padat manakala keluaran proton berlainan sekali dari bentuk ini. bush lower link evo boleh digerakkan mengikut pergerakkan kereta manakala proton punya mati


gambar atas ialah pistol lock pintu yang boleh diubahsuai untuk dijadikan trunk release bagi pengguna alarm yang mempunyai option untuk trunk release, lihat entri blog terdahulu mengenai cara pemasangan trunk release


gambar atas ialah BISS screw yang terdapat pada throttle body mitsu yang diperbuat daripada fiber dan bukannya besi, hati-hati semasa memusingkan screw ini terutamanya kalau screw ini terlalu ketat kerana boleh merosakkan bahagian atas BISS screw dan seterusnya boleh menyebabkan loose


untuk mengetahui dan mengecam throttle body mivec ada idle switch seperti bahagian merah di atas. kalau throttle body mitsu lain tidak terdapat idle switch seperti ini kerana switch terdapat pada throttle position sensor (TPS)


kebanyakan daripada kita menggunakan bulb H4 untuk headlamp wira yang memadankan watt yang tinggi seperti menggunakan bulb 100 watt untuk menambahkan kecerahan cahaya lampu, tetapi lama kelamaan soket pada bulb berkenaan akan mencair akibat kepanasan bulb 100w tersebut. untuk mengatasinya anda boleh menukar soket seramik yang boleh diperolehi di mana-mana kedai accesories dan menyambungkannya kepada wiring asal untuk headlamp


ini ialah clutch alternatif bagi pengguna wira yang kebanyakan memilih set clutch exedy. clutch jenama AISIN ini pun boleh dikatakan setanding dengan clutch exedy


timing light diperlukan untuk mengubah kedudukan ignition timing sama ada untuk retard atau advance, rujuk entri blog terdahulu mengenai cara menggunakan timing light


gambar atas ialah capacitor untuk ecu mivec. caps ecu sepatutnya perlu ditukar setiap 10 tahun untuk mengelakkan kebocoran elektrolit pada caps berkenaan yang boleh menyebabkan keseluruhan ecu mengalami kerosakan. entri terdahulu ada saya tunjukkan cara menukar ecu caps tersebut


brake stopper jenama cusco selalunya dipasang pada kereta evo tujuannya supaya semasa hard braking firewall kereta tidak terikut sama seperti mana kita menekan pedal brake. dengan adanya alat ini dapat mengukuhkan kedudukan servo agar tidak bergerak dan seterusnya dapat memantapkan lagi sistem brake kereta anda


starter high speed mitsu boleh dipadankan secara plug and play pada kereta wira, namun ada sesetegahnya yang tidak dapat dimasukkan secara plug n play, kena tengok juga kedudukan selenoid starter dengan lubang nat starter. penggunaan starter ini amat digalakkan kereta kereta dapat dihidupkan dengan mudah tambahan pula bunyi starter ini seperti kereta perdana V6

sekian, terima kasih
jumpa lagi