bersua kembali... agak lama blog ni tak diupdate, sibuk sikit dengan kerja... awal tahun biasalah, banyak perkara yang perlu diselesaikan. entri blog kali ini ialah re-wiring wire yang telah dibuat oleh wireman setelah selesai convert. memandangkan terdapat masalah tertentu iaitu lock unlock tidak berfungsi pada pintu driver, kereta unlock selepas off kunci dan kadang-kadang arm alarm pun lock pintu boleh terbuka dengan sendirinya. jadi kenalah cek semula wiring yang telah dibuat oleh wireman sebelumnya.
ini contoh wiring bawah dashboard complete sampai ke belakang... sekadar hiasan sahaja
wire ke belakang...
inilah kereta wira yang bermasalah wiring tersebut, saya buka pada bahagian tepi sebelah seat pemandu kerana pada kebiasaannya wiring halfcut dipotong di situ dan kena sambung dengan wiring asal wira ke belakang kereta
apabila di selak carpet didapati wiring yang disambung sambil lewa, sekadar nak siap sahaja
perhatikan wiring dan penyambungannya, agak berserabut, terpaksa dibetulkan kembali
close up wiring dan penyambungan oleh wireman terdahulu, sekadar sambung dan balut dengan black tape sahaja, nampak kurang kemas sikit
ada beberapa wire yang disambung salah terutamanya wire lock unlock ke belakang pintu serta wayar sensor ekzos dan wire seat belt, bertukar antara satu sama lain