Interior re-Wiring

bersua kembali... agak lama blog ni tak diupdate, sibuk sikit dengan kerja... awal tahun biasalah, banyak perkara yang perlu diselesaikan. entri blog kali ini ialah re-wiring wire yang telah dibuat oleh wireman setelah selesai convert. memandangkan terdapat masalah tertentu iaitu lock unlock tidak berfungsi pada pintu driver, kereta unlock selepas off kunci dan kadang-kadang arm alarm pun lock pintu boleh terbuka dengan sendirinya. jadi kenalah cek semula wiring yang telah dibuat oleh wireman sebelumnya.


ini contoh wiring bawah dashboard complete sampai ke belakang... sekadar hiasan sahaja


wire ke belakang...


inilah kereta wira yang bermasalah wiring tersebut, saya buka pada bahagian tepi sebelah seat pemandu kerana pada kebiasaannya wiring halfcut dipotong di situ dan kena sambung dengan wiring asal wira ke belakang kereta


apabila di selak carpet didapati wiring yang disambung sambil lewa, sekadar nak siap sahaja


perhatikan wiring dan penyambungannya, agak berserabut, terpaksa dibetulkan kembali


close up wiring dan penyambungan oleh wireman terdahulu, sekadar sambung dan balut dengan black tape sahaja, nampak kurang kemas sikit


ada beberapa wire yang disambung salah terutamanya wire lock unlock ke belakang pintu serta wayar sensor ekzos dan wire seat belt, bertukar antara satu sama lain


proses re-wiring bermula, betulkan balik penyambungan yang silap


saya gunakan solder dan heat shrink, tak guna black tape


potong - sambung - solder - heat shrink... nampak lebih kemas


mula lebih kurang jam 10 pagi, jam 12 tengah hari tak siap lagi


dah siap semua dan balut sekaligus dengan black tape


nampak lebih kemas dari sebelumnya...


dah siap sepenuhnya


lebihan black tape lama dan wiring yang dipotong

sekian, terima kasih
jumpa lagi