Mivec Alternator

bersua kembali. paparan entri kali ini ialah mengenai alternator mivec. saya telah buka alternator mivec ini sebenarnya untuk melihat carbon brush sama ada masih ok lagi atau tidak kerana kalau carbon bruh pendek alternator tidak akan berfungsi sepenuhnya. di samping itu bolehlah servis sedikit dengan membuang segala habuk dan kotoran di dalam alternator. alternator memainkan peranan penting untuk memberikan kuasa bagi sesebuah kereta untuk menjalankan semua fungsi elektrikal bagi keseluruhan kereta tersebut. kalau rosak di tengah jalan makan kereta boleh mati dan tidak dapat dihidupkan seperti biasa


alternator standard mitsubishi 4G92 mivec


untuk membuka alternator seperti ini perlu buka terlebih dahulu 4 biji nat panjang bersaiz 8mm pada alternator berkenaan


bahagian belakang alternator


bahagian hadapan


dalaman alternaor


pisahkan dua seperti di atas


coil alternator dan anda akan nampak di tengah-tengahnya ialah carbon brush, masih lagi boleh digunakan


close-up carbon brush


habuk dan kotoran yang dikeluarkan dalam alternator


housing belakang


alternator mivec berbeza dengan alternator mitsu yang lain kerana ia mempunya 4 pin bagi soket penyambungan manakala alternator lain kebiasaannya hanya 2 pin sahaja. alternator waja boleh digunakan untuk mivec tetapi dengan menggunakan housing alternator mivec, kena mod jugak alternator waja tersebut untuk digunakan pada enjin mivec


standar alternator mivec ialah 75 amp


dah siap pasang balik


dah nampak bersih


2 bijik alternator mivec

sekian terima kasih
jumpa lagi