NRG Oil Press Gauge

assalam dan salam sejahtera. kebetulan ada member suruh pasang oil press pada kereta dia jumaat lalu, jadi peluang ini saya ambik untuk dijadikan bahan dalam blog saya. owner kereta tersebut memilih NRG oil press sersaiz 60mm dengan harga sekitar rm220 siap dengan oil sensor sekali. oil press ini jenis electrical sebab itulah memerlukan sensor untuk beroperasi. owner kereta ini menggunakan engine 4G92 MIVEC pada body wira aeroback


rupa NRG oil press ketika beroperasi.


kotak NRG oil press made in taiwan


sensor asal iaitu pada bahagian bawah sekali yang dipasang pada head enjin hendaklah dibuka. brass fitting sebelah kanan ialah untuk pasang pada head, dan terdapat dua lagi lubang bersaiz 1/8 npt untuk dipasang sensor asal dan sensor NRG meter. gunakan teflon tape putih sebagai sealant untuk pemasangan nanti


langkah pertama ialah buka oil pressure sensor asal, kebiasaannya terdapat pada sebelah kiri head, terdapat satu wire bersoket padanya


pasang fitting male to male bersaiz 1/8 npt seperti yang ditunjukkan, brass fitting ini boleh diperoleh di mana-mana kedai hardware


fitting ni berupa T-joint sahaja


pasangkan t-joint, pasangkan sensor meter NRG dan sensor asal


NRG oil press gauge 60mm


nampak ok jugak meter jenis ni


kedudukan pada dashboard nanti, belum dipasang sepenuhnya


perlukan penyambungan wiring pada kereta iaitu red (constant 12v), black (ground), blue (acc) dan orange untuk dimmer (tap kat wire lampu kecil)


dah siap wiring


ini ketika kunci ON


NRG dah siap untuk menjalankan tugasnya. owner telah test dan sedikit review mengenai gauge ini. semasa cold start 80psi, normal temp atau idling 25 psi, hi rev 90 psi

sekian, terima kasih
jumpa lagi