Iridium Spark Plug

bertemu lagi kali ini dengan entri mengenai spark plug iridium. spark plug jeni ini terkenal dengan tip yang halus sehingga 0.4mm sahaja dan jenis iridium ini juga boleh dikatakan agak baik dan jangka hayatnya tahan lebih lama daripada spark plug standard. pengalaman saya telah menggunakak spark plug iridium IRIWAY 7 melebihi 5 tahun dan masih berkhidmat dengan cemerlang lagi tetapi memandangkan dah guna hampir 7 tahun saya tukar jugak dengan yang baru, pun dari jenis yang sama. di sini saya nak bandingkan penggunaan 3 jenis spark plug iridium memandangkan pengalaman saya telah menggunakannya iaitu DENSO iridium IK22, NGK iridium BKR7EIX-11 dan NGK iridium IRIWAY 7

NGK iridium BKR7EIX-11 rm150-180

1.1mm gap

DENSO iridium IK22 rm150-180

0.75mm - 0.8mm gap

 NGK iridium IRIWAY 7 rm220-250

0.9mm gap
di sini kita dapat gap plug berkenaan begitu berbeza antara satu sama lain seperti mana yang ditunjukkan di atas. terbaik bagi saya ialah NGK iridium IRIWAY 7 dan saya rasakan begitu sesuai dengan enjin saya dan saya akan terus menggunakan plug ini pada kereta saya. dalam www.mivec.co.nz ada membincangkan gap spark plug ini dan admin web berkenaan mencadangkan untuk menggunakan NGK BKR7EIX-11 tapi boleh cuba re-gap daripada 1.1mm kepada 0.9-1.0mm, mungkin ada perbezaannya, sesiapa yang menggunakan plug ini boleh mencuba dulu

ini pula ialah tool yang perlu digunakan untuk membuka spark plug enjin mivec, kena guna tool panjang untuk membuka plug yang jauh ke bawah sedikit
boleh dibeli di kedai spare part dan mungkin lain sedikit dengan yang dipaparkan di atas

saiz 16mm

masukkan plug pada hujung tool yang mempunyai getah di dalamnya, plug tidak akan jatuh

head enjin

masukkan tool berserta plug di hujungnya

pusing dengan tangan terlebih dahulu hingga ketat

gunak tool lain yang bersesuaian sepert jenis L di atas atau ratchet wrench

dah siap sepenuhnya

sekian, terima kasih
jumpa lagi