Cockpit Lamp (Bulb For Switch)

bersua lagi dengan entri bagaimana proses menukar bulb pada segala suis yang berada pada dashboard sama ada dashboard proton ataupun lancer. lazimnya segala suis pada dashboard mempunyai lampu untuk memudahkan kita menggunakan pada waktu malam dan sekiranya lampu berkenaan rosak maka kelihatan tidak menarik pada waktu malam. jadi di sini saya paparkan bagaimana hendak memasang bulb kecil yang dikhaskan untuk segala suis pada dashboard dan dalam entri ini saya hanya tunjukkan contoh pada satu suis lancer iaitu suis heater pada dashboard. bulb kecik kena order dari UK kerana di negara kita saya belum jumpa lagi bulb special berkenaan. sesiapa yang hendak bulb tersebut boleh email pada saya dengan harga rm10 sebiji

ini merupakan suis hazard lamp di sebelah kanan dan suis heater cermin belakang di sebelah kiri. jika bulb rosak tak nampaklah cahaya dari suis tersebut iaitu untuk hazard lamp ada nampak lampu warna merah segitiga dan suis heater cahaya putih

keluarkan suis dari panel dashboard dan umpil dengan berhati-hati pada bahagian belakang suis untuk mengeluarkannya daripada housing suis tersebut

apabila suis telah berjaya dikeluarkan, umpil pada bahagian kiri dan kanan suis untuk mengeluarkan cover suis dan akan nampaklah bulb di dalam suis ini

suis telah dapat dipisahkan, berhati-hati dengan peralatan di dalam suis terutamnya contact suis seperti yang berwarna keemasan gambar di atas, pastikan kedudukannya betul semasa hendak memasangnya nanti

kelihatan dua bijik bulb pada suis heater lancer iaitu bulb di sebelah kiri nampak biru kerana telah dipakaikan condom bulb, ini function untuk lampu pada waktu malam, manakala bulb dalam cover putih sebelah kanan ialah semasa on heater bulb ini akan hidup, sebagai indicator kita menggunakan fungsi heater

keluarkan bulb dari suis

inilah bulb special untuk suis dashboard yang dibeli dari united kingdom. sesiapa yang berhajat untuk mendapatkannya boleh menghubungi saya dengan menggunakan email atau FB saya

dua bijik bulb baru bersedia untuk dimasukkan pada housing bulb tersebut

bulb lama yang dah blow, nampak besar sebab bahagian kaca sebelah dalam bulb dah menjadi hitam. saiz sama sahaja dengan bulb yang baru

keluarkan bulb lama dan masukkan yang baru, cungkil kaki bulb lama dengan menggunakan jarum atau pin untuk memudahkan anda mengeluarkan bulb tersebut

test bulb telah berfungsi dengan jayanya

masukkan semula condom bulb berkenaan, sekiranya condom tidak digunakan cahaya yang keluar nanti agak kekuningan

apabila menggunakan condom bulb cahaya telah berubah menjadi putih

masukkan pada suis seperti asal dan test bulb baru di kereta. ini gambar sebelum lampu dihidupkan

kelihatan menarik pada waktu malam kerana segala cahaya pada suis telah berfungsi

sekian, terima kasih
jumpa lagi