S90 Throttle Body For Mivec

bersua lagi dengan entri mengenai pemasangan throttle body aftermarket S90 70mm pada intake standard mivec. throttle body S90 aga popular tetapi spring pada throttle body tersebut boleh dikatakan agak keras terutamanya apabila kita memijak pedal throttle. untuk melembutkan pedal sama seperti standard ada caranya dan akan saya tunjukkan langkah untuk mengubahsuai kedudukan spring supaya menjadi lembut, barulah sedap memijak throttle pedal, kereta pun tak melompat sangat

ini ialah throttle body standard mivec bersaiz 60mm dan salah satu keunikan throttle body mivec ini terdapatnya idle switch sama seperti throttle body VR4 dan mitsubishi MVV. terlebih dahulu throttle body asal ini perlulah dikeluarkan daripada intake manifold enjin 4G92 mivec dengan membuka 4 biji nat bersaiz 12mm. hose inlet dan outlet coolant juga perlu ditanggalkan, begitu juga dengan soket stepper motor dan solet idli switch

throttle body S90 boleh diperolehi di mana-mana kedai menjual peralatan performance kereta dengan harga sekitar rm400 lebih bagi satu unit

throttle body S90 dibuat daripada aluminium dengan bukkaan butterfly bersaiz 70mm. sesuai juga diguna pada enjin 4G63 atau pun 4G93 GSR. untuk enjin 4G13/15 mmc pun ada dikeluarkan dengan saiz 62mm, begitulah lebih kurang
oleh kerana throttle body S90 mempunyai spring butterfly yang keras jadi terlebih dahulu saya ubahsuai kedudukan spring berkenaan agar menjadi lembut seperti throttle body asal, jadi perlulah dilakukan kerja-kerja yang memerlukan sedikit ketelitian untuk menebuk lubang dan seterusnya memasang palang untuk menempatkan spring pada kedudukan lain. bulatan merah di atas ialah kedudukan spring asal pada throttle body S90 dan panah biru ialah tempat baru untuk spring tersebut

panah merah ialah kedudukan asal spring dan panah biru ialah tempat baru kedudukan spring. prosen mendrill lubang mengikut saiz tertentu perlu dilakukan dengan teliti dan apabila siap lubang masukkan batang besi kecil sebagai penahan spring itu nanti. apabila sudah siap umpil spring dengan berhati-hati dan spring akan terkeluar dari kedudukan asal dan secara automatik akan berada pada kedudukan baru nanti. sekarang kedudukan spring telah berubah dan tekanan spring tidaklah seperti asal tadi

inilah kedudukan spring baru, harus diingatkan jangan drill terlalu dalam akibatnya akan tembus dan seterusnya throttle body akan bocor nanti. buat dengan berhati-hati dan sekiranya tidak boleh anda boleh mengepos throttle body S90 kepada saya untuk saya mod seperti yang saya nyatakan di atas

seterusnya, asingkan bahagian bawah throttle body asal untuk dipadankan dengan throttle body S90 nanti. gunakan impact driver nat phillips untuk membuka kesemua nat pada bahagian bawah throttle body asal. apabila kesemua nat sudah berjaya dibuka, dengan perlahan-lahan asingkan bahagian bawah tersebut dan jangan sesekali merosakkan seal (gambar tengah yang hitam tu) throttle kerana seal ini tidak dijual di kedai spare part. saya pernah mencari seal ini dahulu di tempat saya tetapi agak malang kebanyakan kedai spare part tidak menjualnya, jadi jika rosak bolehlah anda mencari atau membeli throttle body mitsubishi yang rosak untuk mendapatkan seal ini sahajan

kedudukan idle switch yang telah siap dimod dan dipadankan pada throttle body S90. untuk pengetahuan anda, sekiranya tidak mahu menggunakan kaedah seperti yang saya tunjukkan, boleh anda mencari TPS sensor yang mempunya 4 pin dan sebenarnya salah satu pin itu ialah untuk idle switch dan bolehlah menyambungkan wire idle switch ini ke pin bertanda S pada TPS sensor. TPS sensor ini biasanya diguankan pada enjin EVO123, GSR atau pun 4G91/92

ini pula ialah kedudukan BISS screw pada throttle body S90 iaitu tempat kita melaras tinggi atau rendah idling kereta. perhatikan pula sebelah kiri atas gambar ini dan anda akan nampak nat allen, ini pula merupakan tempat melaras kedudukan butterfly

apabila segalanya dah siap, pasangkan throttle body ini pada intake manifold dan jangan lupa pasangkan juga gasket yang ada sekali dalam kotak throttle body ini, sapukan sealant permatex ultra grey, nipis sahaja

kedudukan apabila siap dipasang pada kereta. hose untuk P kat throttle body asal boleh disambungkan ke breather hose dengan menggunakan T joint yang sesuai. start kereta dan perhatikan sekiranya ada tempat yang bocor terutamanya coolant segeralah atasinya dengan cara tertentu. kalau semuanya ok tunggu hingga kereta mencapai normal temp dan laraskan biss screw untuk mendapatkan idle yang sesuai iaitu sekitar 800-850 rpm. jangan lupa juga sebelum start laraskan dahulu TPS sensor dengan voltage sekitar 0.45v - 0.50v

peralatan yang digunakan ketika mengubahsuai dan memasang throttle body S90 pada intake kereta bernadikan 4G92 MIVEC rakan saya. tunggu review dari owner kereta tersebut

terima kasih
sincerely - jeff tacra