re-Spray Spoiler, Skirt, Side Mirror etc

bertemu lagi dengan entri mengenai cara mengecat kembali part-part tertentu pada kereta terutamanya bahagian kecil seperti side, mirror, spoiler, lips, skirt dan sebagainya. dengan hanya menggunakan spray tin sahaja sekiranya teknik yang digunakan betul hasilnya boleh dikatakan memuaskan. paparan saya kali ini menggunakan spray yang dimasukkan ke dalam tin spray, jadi kualitinya lebih baik daripada spray di kedai biasa. spray bancuh ini macam ni, ada kedai yang menjual spray automotive yang menyediakan perkhidmatan memasukkan cat ke dalam tin spray dengan menggunakan mesin dan peralatan khas, jadi kita boleh pilih sama ada hendak menggunakan cat bermutu atau cat biasa dan warna cat pun mengikut warna sebenar kereta dengan menggunakan bancuhan berkomputer

kalau di kuala terengganu anda boleh mendapatkannya di kedai menjual cat kereta, jalan gong kapas berhadapan dengan sekolah kebangsaan gong kapas. bersebelahan kedai cat ini keda membaiki seat kereta

kebiasaan tin berwarna putih dan ditampal dengan nama kedai dan no telefon cawangan kat tempat lain

selain cat anda juga perlu dapatkan kertas pasir dengan nombor tertentu seperti yang saya gunakan 3 jenis iaitu untuk menggosok kali pertama menggunakan kertas pasir grit p600 sahaja

selesai menggosok dengan kertas pasir pertama, gosok lagi dengan kertas pasir grit p1000

 akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir grit p2000

 prose menggosok menggunakan kertas pasir dilakukan

lakukan hingga betul-betul licin dan akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir grit p2000

 spray pertama perlulah senipis yang boleh dan biarkan kering selama 5-10 minit

lakukan spray sebanyak 3 layer dan setiap layer tunggu hingga kering selama 5-10 minit. pergerakan mestilah secara kiri dan kanan semasa proses spray dilakukan supaya cat tidak tertumpu pada satu-satu kawasan sahaja dan ini boleh menyebabkan cat meleleh ke tempat lain

selepas 3 layer atau lebih, tunggu selama 15-30 minit barulah dispray dengan clear mengikut kaedah yang dinyatakan di atas. gambar menunjukkan 3 layer spray clear telah dilakukan. apabila betul-betul kering iaitu kebiasaannya saya tunggu sehari barulah gosok perlahan-lahan dengan kertas pasir grit p2000 untuk meratakan permukaan clear tadi dan kemudianya polish permukaan bahan yang dicat tadi dengan bahan polish kereta yang sesuai
 spoiler yang telah siap dipasang pada kereta


 lips yang dispray menggunakan spray tin

spoiler gsr menggunakan kod sama seperti warna kereta dimasukkan ke dalam tin. 5 tahun lebih masih belum pudar lagi

side mirror pun saya gunakan spray tin

terima kasih
sincerely - jeff tacra