Perodua Viva Autoflip Side Mirror

bertemu kembali dengan entri mengenai pemasangan side mirror autoflip perodua viva yang diambil dari daihatsu AVY keluaran japan. side mirror hanya plug and play tetapi wiring kena buat balik memandangkan soket side mirror viva dengan avy sangat berbeza. gunakan 3 wire asal pada kereta untuk adjust cermin, cuma perlu tambah dua wire sahaja untuk fungsi flip side mirror. prses wiring pada kereta sedikitpun saya tidak memotong wiring asal sama ada pada suis atau pada soket side mirror. kena buka pin asal dan cucuk pada soket avy dan pada suis saya gunakan pin lain dan dicucuk pada soket, keterangan lanjut akan saya paparkan di bawah ini

terlebih dahulu kena umpil cermin bagi kedua-dua side mirror sama ada viva atau avy untuk menyalin kulit luar viva kepada side mirror avy, tak perlu cat lagi. umpil cermin dengan berhati-hati seperti gambar yang ditunjukkan. perhatikan ada tempat yang disediakan untuk screw driver flat untuk mengumpil cermin

keluarkan cermin side mirror avy

bahagian luar inilah yang perlu ditukar dengan side mirror viva nanti, jadi tak perlu susah-susah beli cat atau hantar kedai untuk cat baru. hanya gunakan semula cover side mirror viva sahaja

klip yang perlu dibuka untuk membuka cover luar side mirror, ada 3 klip yang perlu diumpil dengan menggunakan tangan sahaja. tak perlu gunakan apa-apa tool kerana dikhuatiri akan patah klip tersebut

keluarkan cover side mirror

cover side mirro viva yang berwarna putih (atas) dan dari avy (bawah)

seterusnya pasang balik cover side mirror viva pada side mirror autoflip avy. sekarang dah bertukar wajah menjadi warna asal kereta

seterusnya proses wiring pula perlu dilakukan. sebelum ini side mirror asa viva hanya mempunyai 3 wire sahaja dan sekarang terdapat lima wire iaitu tambahan dua wire untuk buka dan tutup side mirror. wire pada soket asal side mirror viva tak perlu potong, hanya keluarkan pin asal pada soket asal dan masukkan ke dalam soket side mirror avy. jadi hanya perlu tambah dua wire sahaja untuk buka dan tutup side mirror. dah selesai untuk soket side mirror
ini ialah pin soket yang saya ambik dari soket terpakai wiring lancer untuk digunakan pada soket suis perodua viva. wire tak perlu ambik, hanya ambik pin sahaja

 pin yang akan dipadankan dengan soket suis asal viva nanti

masukkan wire dari 2 wire untuk flip side mirror ke dalam pintu dan melalui getah untuk ke bahagian bawah dashboard

ini laluan wire dari pintu kiri, melalui bawah dashboard ke bahagian kanan untuk disambukan dengan suis nanti

ini ialah soket side mirror avy dan wire asal perodua viva saya pindahkan ke dalam soket ini, hanya tambahan ada dua wire untuk flip

ini pula pin yans saya gunakan untuk dipadankan dengan soket asal viva, jadi tak perlu potong mana-mana wire, hanya cucuk je dalam soket asal

close up pin lancer yang digunkan tadi. sekarang ada dua soket iaitu satu soket asal suis perodua viva dan satu lagi soket suis avy

dah siap sambung dan test side mirror anda

apabila dah siap sepenuhnya, masukkan suis ke tempat asalnya. untuk makluman suis side mirror avy tidak boleh dimasukkan pada tempat asal suis perodua viva kerana suis avy agak panjang sedikit dengan viva. saya gunakan suis daihatsu L5 atau L7 pun boleh digunakan, sebab itulah suis ini nampak terbalik tapi masih boleh dimasukkan dengan kemas pada tempatnya

sekarang side mirror autoflip dah berfungsi sepenuhnya pada perodua viva

terima kasih
sincerely - jeff tacra


19 Comments

  1. tu bkn pin soket..lucar jantan namanya..puas mikir apakah itu pin soket.hehe

    ReplyDelete
  2. istilah sebenar saya tak tau, pakai sebut pin je sebab duduk dalam soket. tq bagi info tersebut. baru tau itu lucar jantan dan betina, tq

    ReplyDelete
  3. tahniah...lepas ni boleh la jointkan autoflip tu dengan alarm...time alarm lock je side mirror automatik terus flip...

    ReplyDelete
  4. pernah buat dulu kat wira, joint autoflip dengan alarm tetapi masalahnya motor cepat rosak. so saya tak nak buat macam tu lagi, kekalkan standard dan flip apabila perlu sahaja

    ReplyDelete
  5. salam bro jeff. sy bcadang nk tukar disk brek depan iswara 1.5. disk brek ape yg sesuai supaya ianya lebih grip. dan clucth ape yg sesuai utk iswara 1.3 spaya lebih pickup.

    ReplyDelete
  6. Salam boss...
    saya nk tnya skit....
    kat mna sya bleh dpt top overhaul kit untuk lancer ck (4G15 DOHC) termasuk valve n etc.

    ReplyDelete
  7. Kalau side mirror manual viva yg bukan auto ..mcm mna nk bt wiring blk kalau nk tukar pakai side mirror avy

    ReplyDelete
  8. kena buat wiring baru, kena guna 5 wire dari suis ke side mirror. 12v pada suis ambik pada acc manakala ground ke body kereta untuk negatif

    ReplyDelete
  9. macam mana nak buat wiring bila engine off side mirror auto flip.??

    ReplyDelete
  10. Salam bro jeff... kalau kereta yang sememangnya side mirror manual nak tukar ke side electronic ni kena guna relay tak ? dan kalau boleh ada diagram untuk pasang kepada kereta yang sememang nya tiada side mirror electronic ni. nak ambil power source dia tu yang x tau,kena guna fuse ataupun tidak,kena guna relay or tidak,wayar daripada mana yang sebetulnya untuk di joinkan kepada arah2 yang sepatutnya..

    ReplyDelete
  11. sebenarnya dah ada entri blog ini mengenai pemasangan dan wiring side mirror autoflip, try search semula. ada setengah side mirror autoflip menggunakan relay dan ada yang tidak, bergantung kepada pengeluar masing-masing

    ReplyDelete
  12. Salam tuan, boleh bagi diagram litar tak? Saya tak berapa clear lagi. Baru jer beli auto flip avy dgn suis L5, tapi still confius. TQ

    ReplyDelete
  13. salam bro ,nak tanya kalau kot kotade cara repair side mirror autoflip ni saya punya gear da loose

    ReplyDelete
  14. Salam bro, nak tanya ada tak diy wiring meter viva 850 ke avy auto ada rpm..tq

    ReplyDelete
  15. salam bro, boleh terangkan apa colour wire utk auto flip tu?

    ReplyDelete
  16. Assalam bro..untuk myvi yg x auto flip,tukarvke auto flipbpasso 06..bleh ajar x

    ReplyDelete
  17. Assalam bro..untuk myvi yg x auto flip,tukarvke auto flipbpasso 06..bleh ajar x

    ReplyDelete
  18. Cuba bagi diagram..sbb switch ori viva color cable semua lain dr switch l5/l7/avy.. Cuba bagi tau color apa sambung dgn color apa dkat switch avy tu ni tunjuk gambar separuh jalan mcm mn org nak tau...bagus xyah tunjuk.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors