salam sejahtera... bertemu lagi dengan entri penukaran rear wheel bearing kereta myvi. petang tadi ada jiran bagitau bunyi sesuatu kat kereta dan bila saya test keretanya ternyata bunyi rear wheel bearing dan kemungkinan itulah masalahnya. bila jack kereta dan pusing tayar ternyata telahan saya betul. dalam pukul 6.30 bergegas ke spare part dan nasib baik kedai masih lagi buka dan dapat beli bearing berkenaan dengan harga rm175.00. bermulalah projek penukaran bearing belakang lepas maghrib, malam pun kerja jugak, tapi tak apa, selagi mampu tolong saya akan tolong buatkan
rear wheel bearing myvi terdapat dua jenis iaitu sama ada yang membunya abs atau tidak. kalau menggunakan abs pastikan anda membeli bearing yang ada soket sensor abs. harga lebih kurang sama sahaja antara yang abs atau tiada abs, beza cuma lebih kurang rm5 sahaja
kereta myvi yang hendak ditukar bearing malam ini ialah yang tidak mempunyai abs dengan harga rm175.00 untuk satu unit. boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan rear wheel bearing proton wira
pertamanya keluarkan tayar, dan akan nampak drum brake seperti di atas. perlu keluarkan bahagian hadapan drum brake tersebut
boleh dikatakan agak ketat untuk keluarkan bahagian hadapan drum brake ini disebabkan karat kecil sekitar hub tengah. perlukan nat 10mm untuk keluarkan drum dengan mudah
masukkan nat 10mm pada tempat yang disediakan seperti yang terdapat pada gambar di atas. ketatkan nat tersebut dan sedikit demi sedikit bahagian hadapan drum akan dapat dipisahkan dengan begitu mudah
drum brake yang telah dikeluarkan
untuk mengeluarkan nat bearing terpaksa menggunakan special tools seperti di atas sebab bukan menggunakan nat seperti biasa, kebetulan saya ada tool tersebut, jadi mudahlah kerja-kerja menanggalkan bearing lama
close-up 4 biji nat dengan special tool
wheel bearing telah berjaya dikeluarkan
perhatikan 4 lubang yang menempatkan nat wheel bearing
rear wheel bearing baru dan lama
jelas kelihatan yang lama berkarat sedikit, ketika cuba keluarkan dari tempatnya agak sukar kerana terlalu ketat disebabkan karat, kena ketuk dengan tukul pada bahagian belakang drum brake barulah dapat dikeluarkan
perbezaan dengan rear wheel proton wira yang ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan myvi
bearing hub dipasang pada tempatnya
masukkan balik 4 biji nat tadi dan ketatkan secukupnya, pasangkan balik drum brake dan masukkan tayar. dah pun siap
terima kasih
sincerely - jeff tacra
terima kasih
sincerely - jeff tacra