entri ini dikira sebagai entri terakhir bagi tahun 2013 ini dan sebagai penutup tirai 2013. entri ini khusus saya paparkan kerja-kerja DIY yang saya lakukan terhadap motor saya iaitu dari jenis YAMAHA SS110 yang dibeli pada tahun 1991 dahulu dan nasibnya agak kurang baik kerana dibiarkan tanpa dijaga dengan sempurna. maka motor ini agak buruk dan tibalah masanya saya pulihkan kembali seperti dahulu, saksikan gambar-gambar dan video di bawah. kebanyakan kerja saya tidak diambil gambar, maklumlah kerja seorang diri dan agak susah hendak memegang kamera disebabkan tangan yang kotor terutamanya ketika overhaul enjin
inilah motor yamaha ss110 tahun 1991, dah berusia 22 tahun sekarang
dah berkulat hijau
karat di sana sini
absorber yang dimakan karat
asal motor ni warna biru, dah ditukar coverset ke hitam
tayar dan rantai yang agak usang
walaupun dah rupa macam ni tapi start masih lagi hidup dengan mudah
cat bergerutu
barai... proses mengecat, membuka enjin dan sebagainya tidak diambil gambar
adjustable... senang nak laras hi lo. cuma tak ada soft hard sahaja :)
restoration bermula
tukar balik coverset biru seperti tertera dalam geran
dah siap cuma ekzos belum spray lagi
pasang stripe baru
dah siap sepenuhnya
enjin masih lagi mantap
terima kasih
sincerely - jeff tacra