bersua kembali dengan entri yang agak lain sikit iaitu mengenai pemasangan LED lampu brek motor yamaha ss110. sekiranya led dah rosak akibat jangka masa yang lama penggunaannya maka kita bolehlah menukarnya dengan yang baru. ikuti proses ini seperti mana yang akan saya paparkan seterusnya
bila upload dalam ni jadi terbalik pulak susunan gambar, sepatutnya permulaan di bawah sekali. ok lah, ni gambar spoiler yang dah siap dipasang led pada lampu brek dan telah sipa dipasang pada motor
yamaha ss110 first model yang dibeli pada tahun 1991, dah dapat pembelaan pada tahun 2014 ni. sayang jugak nak jual lagipun harga tak tinggi mana, jadi pakai je lah selagi boleh berkhidmat
spoiler dari model kedua ss110
dah siap pasang
baru nak pasang kat motor
LED dah hidup
prose wiring iaitu dari lampu brek pada spoiler ada dua wire sahaja iaitu hitam dan kuning. wire untuk lampu brek pada motor pun mempunyai warna yang sama, jadi ikut je warna wire tersebut iaitu tap wire kuning ke kuning lampu asal dan yang hitam tap ke wire hitam lampu asal, selesai...
bahagian belakang board yang telah di ubah suai memandangkan banyak resistor yang rosak
try masuk 3 led kat tengah jarang sikit
LED penuh
cover lampu yang telah dibuka dari penutupnya
spoiler YAMAHA
susunan LED
untuk memisahkan cover lampu ini agak susah memandangkan gam yang digunakan agak kuat. anda perlu mendapatkan pemotong papan perspek (pemotong papan plet motor). potong perlahan-lahan antara cover lampu dengan penutup sehingga terpisah antara keduanya. bila siap gam balik cover tersebut dengan menggunakan mana-mana gam yang sesuai
terima kasih
sincerely - jeff tacra