Aluminium Double Layer Radiator

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua
pada hujung minggu lepas iaitu seperti biasa hari sabtu, saya telah berpeluang menukar radiator sebuah proton wira bernadikan enjin mitsubishi 4G92 mivec daripada radiator standard biasa kepada radiator aluminium berjenama SARD. masalah kereta owner ini ialah, radiator asalnya pernah bocor pada bahagian atas dan beliau pernah menukarnya dengan top radiator yang baru, tetapi selang beberapa bulan kelihatan masih lagi ada coolant keluar melalui bahagian atas ini, bocor lagi lah jawabnya. jadi beliau telah mengambil keputusan untuk menukar radiator keretanya dengan radiator aluminium dan kebimbangan untuk kebocoran lagi sama sekali tidak timbul. jadi radiator aluminium ini lebih bertahan lama jika dibandingkan dengan radiator asal kereta. inilah salah satu kelebihan radiator aluminium berbanding asal

sebenarnya banyak jenama radiator aluminium di pasaran negara kita, bergantung kepada bajet owner untuk memilih jenis manakah yang dikehendakkinya. owner jentera mivec ini telah memilih jenama SARD dan pemilihan jenama ini begitu bagus juga kerana finishing radiator ini kelihatan agak baik juga. model evo 1 - 3 boleh diguna pakai kepada apa-apa enjin proton atau mitsu keluaran siri 4G

radiator aluminium double layer selalunya agak tebal jika dibandingkan dengan yang asal. kelihatan gambar di atas jenama sard terpampang jelas pada bahagian hadapan radiator. anda juga akan dapat sekali radiator cap juga jenama yang sama dengan keluaran radiator ini. jadi tidak perlu bimbang untuk mendapatkan radiator cap yang baru. selalunya radiator cap radiator aluminium jenis besar dan tidak sama dengan cap asal radiator standard mitsubishi

satu lagi kelebihan radiator aluminium ini ialah enjin cepat mencapai tahap kepanasan normal dan juga jika kita mematikan enjin kereta, enjin juga akan cepat sejukdaripada sebelumnya. haba kepanasan daripada coolant sebenarnya dibebaskan melalui bahagian radiator ini dan tidak hairanlah radiator aluminium ini agak panas daripada radiator asal. berhati-hati dengan hose aircond yang berada di belakang radiator, jangan bagi bersentuhan dengan radiator ini kerana kemungkinan bahang kepanasan yang dibebaskan daripada radiator ini boleh merosakkan hose aircond kereta anda. sangat sesuai menggunakan hose aircond daripada model GSR turbo kerana kedudukannya agak jauh sedikit dengan radiator

seperti biasa, keluarkan terlebih dahulu radiator asal ini. sebelum mengeluarkannya daripada kereta, buka dahulu drain nat yang berada di bawah bahagian kiri radiator. pusing drain nat dengan menggunakan tangan sahaja dan biarkan coolant lama keluar sehingga habis. unplug juga soket fan radiator di sebelah bawah bahagian bateri kereta. buka hose radiator atas dan bawah serta buka juga hose ke coolant spare tank. buka juga bracket bahagian atas kiri dan kanan radiator dan barulah tarik ke atas dengan berhati-hati. buka radiator fan dan pasangkan pada radiator baru anda

apabila segalanya dah sedia, pasangkan radiator baru anda ke tempatnya dengan berhati-hati kerana sekiranya fin radiator sangkut kat mana-mana kemugkinan akan merosakkan fin radiator tersebut dan boleh menyebabkan kebocoran berlaku. apabila dah berjaya dipasangkan pada kereta maka pasanglah semula part-part berkaitan yang telah dibuka tadi. pastikan drain nat berada kemas pada bahagian bawah radiator serta juga padankan kembali soket radiator fan. kegagalan radiator fan berpusing akan menyebabkan kereta anda boleh overheat. double check semua hose berkaitan, pastikan diikat dengan kemas, bracket bahagian atas dipasang dengan sempurna dan lain-lain lagi

apabila segalanya telah sempurna, maka bolehlah anda memasukkan kembali coolant baru ke dalam radiator tadi. owner kereta ini telah memilih coolant jenama mitsubishi yang juga digunakan oleh kereta mercedes benz. coolant mitsubishi ini tidak perlu dicampurkan dengan air, full coolant perlu dimasukkan ke dalam radiator kereta anda. pastikan coolant di dalam engine block juga dikeluarkan supaya keseluruhan coolant baru akan digunakan nanti. anda memerlukan 5 liter yang bersamaan dengan 5 botol coolant ini untuk memenuhi keseluruhan cooling system kereta apabila menggunakan radiator aluminium seperti ini. apabila dah selesai, hidupkan enjin dan biarkan seketika sehingga radiator fan berpusing. jangan lupa untuk memasukkan juga coolant ini di dalam tangki spare radiator

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra