Apexi RSM - Jazz GE

assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1malaysia. kali ini saya berkesempatan memaparkan tutorial mengenai pemasangan apexi RSM pada honda jazz GE8, honda jazz 2nd batch keluaran tahun 2008 hingga awal 2014. sekarang ada 3 variant jazz di negara kita iaitu GD, GE dan terkini GK. betulkan saya sekiranya ada kesilapan info ini. ok, berbalik kepada entri kita kali ini, pemasangan boleh dikatakan agar mencabar juga memandangkan lokasi ECU jazz GE bukan lagi berada di bawah dashboard seperti pada kebanyakan kereta, tetapi HONDA telah mengubahnya dengan menempatkan pada ruangan enjin kereta, nanti akan saya paparkan lokasi sebenar di mana kedudukan PCM/ECU ini

ini merupakan RSM keluaran apexi dan gajet ini memang menjadi rebutan bagi peminat kereta. rata-rata ada yang suka memasang gajet ini untuk dipamerkan di atas dashboard kereta atau meletakkannya di mana-mana bahagian dashboard kereta. RSM merujuk kepada REV, SPEED, METER iaitu bertujuan untuk kita memantau rpm kereta, speed meter, trip meter, bateri dan pelbagai lagi kegunaannya yang lain. harganya kalau yang baru hampir 1k atau lebih dan yang terpakai sekitar rm700 (hitam) dan rm500 (biru)

inilah engine bay honda jazz GE, perhatikan pada petak kuning di bahagian kanan dan di situlah letaknya ECU honda keluaran ini. hitam tu merupakan cover ecu sahaja. untuk mendapatkan soket ecu, kita perlu buka bateri dan air filter box seperti yang terdapat pada gambar di atas. apabila 2 alat ini dibuka dan dikeluarkan maka boleh kita membuka 3 nat 10mm yang mengikat ecu pada tempat yang disediakan. tarik keluar ecu dan pada bahagian belakangnya terdapat 3 soket utama ecu iaitu soket 1 (putih), soket 2 (grey) dan soket 3 (hijau). unplug soket daripada ecu untuk memudahkan kita melakukan proses tapping pada wiring nanti

inilah rupa ecu honda jazz ge dengan paparan 3 soket utama seperti yang saya nyatakan di atas (gambar sumber internet). soket ecu ini tidak boleh dikeluarkan secara biasa kerana kita perlu twist dulu lock soket dan barulah dapat dikeluarkan dengan mudah. berhati-hati ketika mengendalikan soket ecu ini

paling penting ialah diagram pinout ecu untuk memudahkan kerja pemasangan wiring nanti. gambar atas merupakan diagram ecu yang perlu kita sambung wire daripada rsm ke wire tertentu pada ecu. seperti biasa wire hitam (negatif) rsm tap ke soket B pin no 10. wire merah (positif) rsm ke soket C juga pin no 10. wire rpm rsm (kuning) tap ke soket A pin no 29 dan akhirnya wire speed rsm (purple) tap ke wire soket A pin no 30. wiring cara ini ialah untuk normal wiring tanpa membuang speed cut. untuk membuang speed cut anda perlu merujuk kepada diagram rsm di internet. selesailah sudah proses wiring dan kemaskan segala wire yang ada, masukkan wire ke dalam cabin bawah dasboard melalui gromet getah yang sedia ada untuk laluan wiring asal kereta ini

gambar bahagian belakang ecu dan kelihatan di situ ialah alat untuk tapping wire dengan cara yang sangat mudah. masukkan wire dan klip sahaja dengan menggunakan playar dah pun siap

apabila dah siap dan semua peralatan yang dibuka tadi dipasangkan kembali maka bolehlah ON kunci kereta anda, JANGAN TERUS START kerana sedikit konfigurasi perlu dilakukan di dalam menu rsm ini. perlu dilakukan sedikit initial setting sebelum segalanya berfungsi dengan sempurna. tekan menu ETC MODE pilih CAR SELECT dan ubah Cyl:4. SP1:4P. ADJ:105% dah selesai bolehlah start kereta dan pandulah kereta untuk menguji ketepatan RPM, SPEED, TRIP METER dan lain-lain fungsi yang bersesuaian

pandangan waktu malam dengan meter RSM. ok, selamat mencuba dan semoga berjaya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Other's Entry