DIY - Interior Wiring Replacement

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri kali ini hanyalah merupakan paparan gambar-gambar yang saya ambil semasa saya menjalankan proses penukaran penuh interior wiring kereta saya. sebenarnya proses penukaran keseluruhan wiring dalaman kereta ini boleh dikatakan agak rumit juga kerana banyak proses yang perlu kita lakukan terutamanya untuk membuka part-part dalaman kereta seperti dashboard, seat, carpet dan lain-lain gajet yang telah sedia ada pada kereta kita juga perlu dikeluarkan. kemudian kita perlu keluarkan pula keseluruhan wiring asal dan barulah dapat diganti dengan yang baru. perlukan perhatian dan ketelitian yang lebih semasa melakukan proses ini

ini ialah keseluruhan wiring dashboard mivec yang saya telah keluarkan daripada kereta saya. sebenarnya wiring lama ini masih berfungsi dengan baik dan tidak ada sebarang masalah. saya menukarnya kerana terdapat beberapa soket telah dipotong namun keseluruhan soket yang terpotong itu telah disambung balik dan kesemua soket berada dalam keadaan baik dan sempurna. antara soket yang dipotong ialah soket suis side mirror, soket relay autoflip side mirror, soket suis wiper belakang dan beberapa soket lagi. wiring ini saya rawat balik dengan baik dan masih lagi berfungsi lagi, saya berhajat untuk menjualnya

keseluruhan dashboard telah dikeluarkan dan anda akan dapati pelbagai wire dan soket masih lagi ada pada ruang hadapan ini. wiring lama masih belum lagi dikeluarkan

nampak agak menyerabutkan dan sebab itulah saya katakan tadi semasa proses ini kita perlukan ketelitian yang lebih semasa membuka dan memasang wiring baru

inilah wiring dashboard baharu yang saya gunakan untuk menggantikan interior wiring lama. saya menggunakan wiring dashboard daripada model lancer evo 3. bagaimana kita hendak mengenali wiring itu wiring evo atau lancer 4g9x yang lain. salah satu cara mudah ialah pada wiring dashboard evo 3 terdapat relay merah iaitu relay door lock control module yang mempunyai 8 pin wire pada soketnya. manakala kalau wiring lancer yang lain menggunakan relay berwarna hitam yang mempunyai hanya 6 pin wire soket sahaja

kesemua wiring yang bakal saya gantikan pada kereta saya, terlebih dahulu saya rawat dan baiki balik mana-mana soket yang rosak atau pun saya balut balik black tape baharu pada tempat-tempat yang tertanggal tapenya. kalai ini saya cukup bernasib baik kerana memperoleh wiring yang lengkap bersoket dan tidak ada satu pun kesan potong pada mana-mana bahagian wire. jadi sangat mudah untuk dipasangkan pada kereta nanti. harganya sekitar rm350-rm380

ini black tape yang saya gunakan dan ternyata tape ini lebih tahan lasak dan tidak mudah tertanggal dengan sendirinya. harganya agak mahal sedikit iaitu sekitar rm25 satu unit

setelah memasukkan wire baharu barulah dapat dipasangkan kembali dashboard kereta anda. sebelum pasang dashboard saya cadangkan supaya start kereta terlebih dahulu untuk memeriksa mana-mana kemungkinan yang berlaku. pasang peralatan asas seperti meter dan suis kunci, sambung balik terminal bateri dan crank kereta, bila hidup dengan sempurna bolehlah matikan balik dan mulalah memasang mana-mana part terutamanya dashboard kereta terlebih dahulu

apabila kesemuanya telah siap dipasang sekali lagi start kereta dan hidupkan lampu, sistem aircond, signal, radio dan lain-lain lagi untuk mengetahui keadaannya supaya sempurna berfungsi seperti asal. gambar atas menunjukkan lebihan wire yang dikeluarkan daripada kereta saya, kebanyakannya ialah wire pemasangan gajet-gajet tambahan. kali ini kesemuanya penyambungan wire pada gajet tambahan saya tidak menggunakan solder sebaliknya saya gunakan crimp & terminal connection untuk menjadikan wire lebih baik dan cantik

inilah hasilnya setelah kesemua wiring dan peralatan lain dipasangkan kembali. sekiranya wiring kereta anda berada dalam keadaan baik sama ada wiring dalaman kereta atau pun wiring enjin maka aliran elektrik kereta akan menjadi lebih sempurna dan stabil. sesungguhnya proses menyalin keseluruhan wiring dalaman kereta ini bukanlah mudah dan sekiranya anda mempunyai keyakinan dan tools yang mencukupi, bolehlah anda menjalankan secara diy sahaja, tetapi sebaliknya serahkan pada yang pakar untuk melakukannya kerana sistem wiring ini jangan dipandang remeh, kalau berlaku shortage atau litar pintas, kereta boleh terbakar nanti. masa yang saya ambil untuk menyiapkan projek ini selama 5 hari

terima kasih
sincerely - jeff tacra

1 comment:

suhaimi said...

Salam.abang Jeff, klu wiring injection 4g91 dohc nk cucuk dengan wiring dashboard 1.5 @ 1.6 sohc apa wayar dkt socket yg perlu diubah? tq

Other's Entry