How To - Big 3 Upgrade

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

entri ini saya akan tunjukkan bagaimana cara memasang wire atau cable positif daripada bateri kepada terminal positif bateri serta menambah lagi 2 cable untuk body (ground). dalam kalangan peminat kereta mat salleh di luar sana, ia menggelarkan projek ini sebagai big 3 upgrade iaitu dengan menggunakan 3 cable utama mengikut saiz tertentu dan pemilihan material juga sangat penting untuk menjayakan projek ini. manfaatnya memang ada dan ternyata saya pun telah menguji voltage sebelum dan selepas menjalankan projek ini, ada peningkatan pada voltage kereta serta menstabilkan arus elektrik sesebuah kereta. anda boleh rujuk dalam web site dan juga youtube untuk mengetahui kelebihan-kelebihan big 3 upgrade ini

gambar atas menunjukkan diagram yang saya ambil daripada web site tertentu dan saya telah mengubahsuai sedikit diagram tersebut untuk disesuaikan dengan kereta malaysia kita ini khususnya bagi pengguna enjin bernadikan lancer/proton 4G. pemasangannya boleh dikatakan mudah sahaja iaitu daripada +battery ke terminal positif alternator dengan menambahkan satu fius bersaiz 100A atau 125A. kemudiannya tambah lagi 2 cable grounding iaitu masing-masing pada chasis atau body kereta dan satu lagi pada engine block kereta

inilah cable yang saya gunakan yang dibeli terus dari USA (www.batterycablesusa.com). cable ini bersaiz 0awg (1/0) dan yang penting ialah berapa panjang cable yang kita hendak beli. ukuran tertentu kita pelu nyatakan pada seller dan seller akan crimp terus cable lug pada wire tersebut. saiz yang perlu bagi wira/lancer 4G ialah cable +battery ke fuse holder sepanjang 12 inci dan manakala dari fuse holder ke terminal + alternator ialah sepanjang 36 inci. cable pure copper ini sangat lembut dan mudah dilentur jika dibandingkan dengan cable biasa

inilah hasilnya pada kereta saya iaitu ada peningkatan charging voltage seperti yang ditunjukkan pada gambar. pada awalnya saya biarkan kereta dalam keadaan sejuk dahulu, start kereta dan ambil bacaan voltage awal, didapati cas masuk daripada alternator ialah 13.93v, kemudiaan apabila selesai projek big 3 upgrade ini bacaan charging voltage telah bertambah menjadi 14.29v. ternyata ada sedikit peningkatan voltage dan yang penting voltage talah menjadi stabil

sebelum melakukan apa-apa penyambungan, cabut dahulu terminal - battery kerana kemungkinan short akan belaku sekiranya tidak bebuat demikian. sambungkan cable pada terminal + battery dan ketatkan nat secukupnya

daripada terminal + battery tadi, sambungkan pula pada fuse box/holder dengan baik. tempatkan fuse holder ini pada kedudukan yang strategik agar tidak mudah bergoyang dan bergerak-gerak untuk mengelakkannya daripada menjadi longgar dan mudah tercabut

daripada fuse holder tadi sambungkan pula cable terus ke + alternator. bagaimana pula dengan wire asal alternator tersebut, adakah perlu dibuka atau macamana? bagi kereta saya, saya hanya membuka fuse asal bersaiz 80A pada kotak fius di engine bay. rata-rata dalam video yang ditunjukkan oleh mat salleh masih mengekalkan wire asal kereta ini. sebenarnya tidak ada apa-apa masalahpun kalau nak kekalkan wire asal kereta. amp tetap sama dihasilkan oleh alternator

perbandingan saiz wire big 3 iaitu cable yang berwarna biru dengan wire standard untuk alternator kereta iaitu wire putih di sebelah kanan. sebenarnya wire putih tu dah cukup untuk mengecas bateri kereta tetapi memandangkan kereta saya yang sudah berusia, maka saya lakukan penambahan big 3 upgrade ini. pada pemilik kereta baru saya rasa belum masanya lagi untuk membuat projek ini

gambar atas ialah cable yang saya sambung ke terminal + alternator. laluan cable mestilah sesuai dan ikat dengan kemas cable tersebut supaya tidak bergesel dengan peralatan lain. cable yang saya gunakan ini boleh bertahan pada suhu -47C hingga 105C. satu lagi ialah cable ground saya tidak tunjukkan pemasangan kerana pemasangannya biasa sahaja dan bagi yang telah menambah wire grounding yang banyak pada kereta, memadailah dengan menambahkan satu cable positif ini sahaja



selesai pemasangan big 3 upgrade bagi sebuah wira bernadikan enjin 4G92+1 pada kereta saya. apa-apa kerja mestilah dibuat dengan berhati-hati dan pastikan double check sebelum menyambungkan kembali cable terminal - dan + kereta anda. saya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kemungkinan yang berlaku pada kereta anda kerana tutorial ini merupakan sebagai panduan sahaja

terima kasih
sincerely: jeff tacra