K20 Coil & Tachometer Solution

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

fenomena hari ini ramai dalam kalangan pemilik kereta khususnya proton atau mitsubihi lancer yang mempunyai kod enjin 4G series telah menaik taraf sistem ignition kenderaan masaing-masing dengan memasang ignition coil daripada honda k20/k24 series. rata-rata coil k20 sekarang menjadi pilihan daripada kaki ubah suai enjin dengan menggunakan coil ini kerana boleh dikatakan coil honda ini sepadan dengan enjin proton atau lancer tadi. tidak dapat dinafikan bahawa ignition coil ini boleh berfungsi dengan cemerlang pada enjin tersebut, hanya terdapat segelintir daripada pengguna coil ini mengalami masalah-masalah tertentu, namun lebih ramai lagi yang menggunakan termasuklah saya sendiri yang menggunakannya hampir 3 tahun lebih tanpa mendatangkan apa-apa masalah.

inilah jentera kereta saya yang menggunakan ignition coil on plug daripada keluaran honda iaitu K20R yang dijalankan secara sequential ataupun individual coil dengan menggunakan engine management emanage ultimate sebagai penggerak utamanya. coil k20 ini juga boleh digunakan pada jentera yang menggunakan ECU standard tanpa ada sebarang masalah, malahan ada pendapat yang mengatakan bahawa respons enjin semakin bertambah baik dengan menggunakan ignition sistem honda ini. ramai dalam kalangan wireman, pomen dan malahan orang perseorangan yang dapat memasang coil ini pada sesebuah enjin dengan melakukan sedikit pendawaian mudah berpandukan sistem yang sedia ada pada enjin. ternyata dengan sedikit proses wiring sahaja enjin kereta telah dapat dihidupkan dengan sempurna.


satu kelebihan penggunaan coil ini yang nyata iaitu sekiranya berlaku kerosakan coil kita boleh menukar satu-satu coil tertentu sahaja tidak seperti sistem wasted spark sebelum ini, satu coil untuk jalankan dua ignition serentak. harus diingatkan juga dengan pemasangan coil honda ini sistem wasted spark masih lagi berfungsi tetapi sekarang sudah berubah sedikit sistemnya iaitu direct coil on plug. bagi enjin lancer 4G series (DOHC) anda tidak lagi perlu menggunakan 3 perkara iaitu cable plug, coil asal dan power TR lagi, lebih jimat kot. market power tr dah berapa harganya kalau yang terpakai sekarang

satu masalah yang timbul dan seringkali penjadi persoalan bagi pengguna coil ini iaitu, adakah rpm kereta masih lagi berfungsi seperti biasa, kerana rata-rata pendapat yang mengatakan bahawa sekiranya kita menggunakan k20 coil, rpm kereta tidak akan dapat berfungsi dengan baik. memang ada kebenarannya kerana kita tidak lagi menggunakan power tr unit iaitu komponen utama yang berfungsi sebagai tachometer converter untuk menghantar isyarat rpm ke meter. di sini saya tegaskan, bagi pengguna enjin mitsubishi yang menggunakan meter mitsubishi juga, hal ini dapat diatasi dengan mudah, rpm kereta dapat berfungsi dengan sempurna seperti keadaan asal. saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak membuat rpm kereta anda berfungsi seperti sediakala dengan hanya melakukan sedikit proses wiring mudah pada wire di soket ecu kereta anda

perhatikan diagram ringkas di atas. prosesnya agak mudah dan simple sahaja iaitu anda perlu memotong wire rpm asal yang kebiasaannya berwarna putih bagi enjin proton dan mitsu 4G series dan kemudia loop atau tap sahaja ke wire crank signal yang kebiasaanya berwarna hitam. wire rpm ini pada kedudukan soket tengah no 1 dari kiri manakala wire crank signal berada pada kedudukan soket ke-3 pin baris bawah no 4 dari kanan. itu sahaja yang perlu anda lakukan, dan apabila selesai bolehlah test kereta dan selalunya sebaik sahaja kereta dihidupkan, RPM kereta akan berfungsi seperti sediakala

inilah contoh 3 soket utama untuk ecu yang kebiasaannya berwarna kuning. lokasinya ialah berada di sebelah kiri kereta, bawah dashboard (belakang speaker dashboard) yang melekat pada tepi dinding kereta. cabut soket ini dan lakukan proses seperti yang telah dinyatakan di atas tadi

gambar di atas menunjukkan wire rpm yang perlu dipotong (wire berwarna putih). wire yang pada bahagian luar (bukan wire ecu) yang perlu disambungkan pada wire crank signal

wire hitam ini pula ialah wire crank signal, wire putih tadi perlu disambungkan ke wire ini. siaplah sudah proses ringkas untuk menghidupkan rpm bagi coil k20. harus diingatkan bahawa proses seperti ini hanya untuk meter lancer sahaja, saya ulangi hanya untuk meter lancer sahaja. bagi pengguna enjin proton (4G93) yang menggunakan meter proton VDO proses ini tidak boleh dilakukan kerana rpm pada meter masih tidak berfungsi dengan cara ini. pada keluaran akan datang saya akan tunjukkan pula bagaimana cara untuk menghidupkan RPM bagi pengguna meter PROTON. tunggu kemunculannya nanti ye

video ini hasil daripada customer saya melakukan proses wiring rpm ini hanya secara diy sahaja berpandukan tunjuk ajar saya melalui whatsapp. bagi sesiapa yang hendak mendapatkan set wiring harness k20 ini boleh whatsapp saya wasap.my/601120742565 untuk mendapatkan keterangan lanjut. wiring harness ini boleh dipasang secara diy jugak kerana harness ini lengkap dengan soket, anda tidak perlu lagi melakukan apa-apa proses wiring untuk memasang ignition coil K20 ini. hanya cucuk soket dan terus boleh start kereta anda