K20 Wiring Harness Installation

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

fokus entri kali ini ialah bagaimana cara pemasangan wiring harness K20 secara plug and play iaitu harness ini tidak lagi memerlukan pemotongan atau membuat apa-apa pengubahsuaian wiring lagi pada wire asal kereta. dengan harness ini anda hanya perlu cucuk soket sahaja dengan soket sedia ada pada kereta. tutorial ini saya khususkan bagi mana-mana individu yang membeli dan mendapatkan wiring harness k20 daripada saya dan pemasangan harness ini pada kali ini saya tunjukkan untuk pengguna enjin DOHC kod 4G series iaitu 4G91, 4G92, 4G92 mivec, 4G93, 4G93 gsr serta enjin 4G63 evo 123 sahaja. pada keluaran akan datang saya paparkan pula pemasangan bagi enjin selain daripada yang telah dinyatakan ini

inilah wiring harness coil k20 secara plug & play yang saya hasilkan untuk memudahkan pengguna memasang secara sendiri (diy) sahaja. ramai yang membeli harness ini tetapi masih buntu cara pemasangannya, jadi dengan lahirnya entri ini sedikit sebanyak dapat membantu dan dapat menjelaskan lagi bagaimana memasangnya nanti. bagi sesiapa yang ingin mendapatkan wiring harness bagi enjin DOHC 4G series bolehlah terus whatsapp saya dengan menekan link ini > wiring harness k20.


banyak feedback positif yang saya dapat daripada pengguna coil on plug k20 ini pada jentera masing-masing, ternyata respons enjin bertambah baik dengan menggunakannya tambah-tambah lagi bagi yang menggunakan engine management, penalaan enjin dapat dilakukan dengan lebih efisien lagi. namun bagi pengguna enjin dengan ECU asal, anda masih lagi boleh menggunakan coil k20 ini tanpa sebarang masalah

saya hanya tunjukkan demo sahaja pemasangan harness ini pada rocker arm cover enjin mivec seperti di atas dan bukannya pada enjin asal di kereta. namun semuanya adalah sama sahaja kerana demo ini hanyalah sebagai panduan untuk diaplikasikan pada enjin masing-masing. pertamanya anda perlu membuka cable plug terlebih dahulu, sediakan satu set coil k20 (4 biji) dan wiring harness saya seperti gambar 1 di atas

masukkan coil k20 seperti pada kedudukan di atas. untuk enjin mivec anda perlu melakukan sedikit modifikasi pada coil supaya kedudukan coil rapat pada rocker arm cover enjin. boleh cari entri terdahulu bagaimana cara memasang coil k20 pada enjin mivec. manakala bagi enjin 4G series yang lain anda memerlukan plate holder custom untuk mengemaskan lagi pemasangan coil ini. plate custom ini banyak terjual di FB marketplace dengan harga bermula rm100 dan ke atas.

sediakan wiring harness seperti di atas dan pemasangan atau urutan soket harness adalah seperti yang telah sedia ada pada harness tersebut iaitu bermula daripada kanan untuk piston no. 1 dan ke kiri sehingga ke piston no. 4, iaitu pengiraan susunan piston adalah bermula daripada sebelah kanan (sebelah timing belt)

cucuk soket pada coil sehingga bunyi klik seperti mana gambar yang ditunjukkan ini. bagi yang menggunakan plate holder masukkan soket coil melalui bawah plate holder tersebut. anda boleh mencari gambar coil on plug k20 yang menggunakan plate holder di google

ini pulai ialah soket power transistor unit (power tr) yang perlu dipadankan dengan soket harness k20. maksudnya kita tidak lagi perlu menggunakan power tr ini. begitu juga dengan, coil asal, anda boleh membukanya dan menanggalkannya daripada enjin kereta kerana sekarang coil dah berpindah pada silinder enjin direct on spark plug

cabut soket asal power tr dan plug in sahaja ke soket wiring harness k20 tersebut. siap sudah pemasangan harness k20 ini tanpa perlu modifikasi mana-mana wiring asal kereta. sebaik sahaja siap pemasangan, anda boleh terus start kereta dan sekiranya tidak ada masalah, sekali crank sahaja kereta dapat dihidupkan dengan mudah