Keyless Smart Start - Proton Wira

entri kali ini ialah mengenai bagaimana cara memasang push start atau lebih dikenali sebagai keyless start/stop engine tanpa perlu memulas kunci seperti kebiasaan yang kita lakukan untuk start kereta. saya lebih khususkan tutorial ini untuk dipasangkan kepada kereta proton wira. jadi akhirnya nanti kereta ini menggunakan sistem keyless seperti kebanyakan kereta moden pada hari ini

pertamanya kita perlu membeli set smart start ini di mana-mana kedai aksesori atau platform online yang menawarkan peralatan ini yang kebanyakannya rata-rata harga agak murah, tetapi bergantung kepada model dan spesifikasi yang ditawarkan



inilah set yang saya beli di pasaran online. anda akan dapat module (kotak hitam), main wiring, push start module, wire untuk sambung ke brake switch, transponder sepasang (warna biru), dan scanner. dalam gambar di atas ada satu kunci (warna silver) dan kunci ini tidak disertakan sekali, tujuan kunci ialah untuk disable steering lock kerana jika tidak berbuat demikian stereng boleh terkunci nanti. main wire pula sebenarnya hanya ada satu soket sahaja untuk dipalamkan pada module smart start tetapi dalam gambar tersebut nampak dua soket (soket biru) iaitu soket yang telah saya hasilkan untuk dipasangkan pada soket asal ignition secara plug & play. cabut soket ignition (kunci) asal dan cucuk sahaja pada soket biru tersebut

inilah soket yang saya hasilkan untuk dipadankan dengan soket asal kereta nanti. jadi tidak perlu lagi kita memotong wiring asal kereta untuk memasang sistem smart start ini. wire hitam pula ialah wire untuk grounding iaitu dipasangkan pada body kereta. soket kosong ini boleh diperoleh di kedai spare part

inilah soket yang dihasilkan untuk dipasang secara plug & play pada kereta

berbalik kepada cara pemasangannya ialah berpandukan kepada wiring diagram seperti di atas ini. manual pemasangan juga disertakan sekali bersama set smart start ini. saya mulakan dengan main wire soket iaitu wire brown disambungkan ke wire ON2 pada kereta, wire kuning disambungkan ke wire starter, biru untuk acc, hitam untuk negatif (body kereta), merah untuk wire constant 12v dan wire putih untuk ON 1. wire biru kecil itu pula perlu disambungkan ke wire suis brek yang tidak menghasilkan 12v semasa brek tidak ditekan. manakala soket scanner pula palam sahaja ke module seperti mana pada diagram di atas. 2 device yang berwarna biru itu pula ialah transponder iaitu kita perlu dekatkannya pada scanner sehingga bunyi beep kedengaran barulah kereta boleh dihidupkan. kalau transponder ini tidak ada maka kereta tidak dapat dihidupkan. jadi transponder ini perlu bersama-sama anda untuk menghidupkan kereta. scanner pula bolehlah disembunyikan di mana-mana yang difikirkan sesuai dengan anda sendiri

inilah diagram lengkap untuk padanan wire dengan wire kunci kereta proton wira atau sama juga dengan mitsubishi 4G series yang lain. ikut sahaja diagram seperti di atas

gambar ketika proses wiring dilakukan. sebelum saya terlupa, satu perkara penting yang wajib kita lakukan ialah untuk disable steering lock. ini bermakna stereng boleh terkunci dengan sendiri kerana kita tidak lagi menggunakan kunci asal untuk menghidupkan kereta, cara untuk disable steering lock ini ialah anda perlu copy satu anak kunci kereta dan potong bahagian pangkal kunci tersebut. masukkan kunci ke suis kereta dan pusingkan pada kedudukan ACC atau ON kerana pada kedudukan ini sereng tidak menjadi terkunci. proses ini perlu dilakukan setelah selesai proses wiring

akhir sekali pasangkan module push start ini pada bahagian kemasukan kunci asal kereta. apabila semuanya dah siap boleh menguji dengan start kereta anda. ada dua cara untuk start kereta yang boleh dilakukan iaitu anda boleh terus menekan brek dan tekan sekali sahaja push start ini dan kereta terus dapat dihidupkan. sebelum start terlupa untuk saya nyatakan kita perlu dekatkan transponder pada scanner sehingga bunyi beep kedengaran. cara untuk start yang kedua ialah jangan tekan brek dahulu, tekan push start sekali iaitu sama seperti kita pusing kunci pada kedudukan ACC, tekan sekali lagi (ON) dan akhirnya tekan brek dan tekan push start dan kereta dapat dihidupkan seperti biasa.

ada yang agak ragu-ragu dengan sistem ini kerana khuatir kalau-kalau pencuri menceroboh masuk dan terus start kereta. sebenarnya kereta tidak dapat dihidupkan tanpa transponder yang bertindak sebagai immobilizer iaitu perlu disarm terlebih dahulu untuk menghidupkan kereta. secanggih mana sistem pun kereta tetap dapat dicuri oleh malaun tertentu

video demo dan gambar-gambar lain bolehlah lihat di channel youtube saya yang terdapat pada akhir webpage ini. ataupun bolehlah ke www.youtube.com/c/jefftacra