Intake Manifold Support Bracket

saya percaya ramai dalam kalangan pemilik enjin mitsubishi mivec 4g92 (1.6) menjalani proses transplant blok asal kepada blok enjin 4g93 (1.8) demi untuk mempertingkatkan lagi kuasa enjin masing-masing. apabila kita melakukan proses penukaran blok ini sudah pasti intake manifold support bracket sudah tidak dapat digunakan lagi memandangkan ketinggian blok 1.8 tersebut. ini kerana bracket ini sudah menjadi pendek dan tidak dapat diikat lagi dengan skru pada bahagian blok. ada yang ambil mudah dengan tidak memasang terus support bracket ini dan kesan jangka panjangnya alam-kelamaan intake manifold boleh menjadi crack dan hasilnya enjin akan mengalami masalah.
ini ialah kedudukan support bracket pada intake manifold yang mana pada bahagian ini masih lagi boleh dimasukkan bracket tetapi pada bahagian blok nanti, tidak sampai untuk dipadankan dengan nat di lubang asal pada blok.


dalam hal ini kita perlu dapatkan satu lagi support bracket kerana pada bahagian bawah bracket kita akan potong dan mod sedikit untuk dicantumkan dengan dengan bracket yang kita hendak gunakan. potong dan buat seperti yang tertera pada gambar di atas.

proses welding perlu dilakukan untuk mencantumkan bahagian bawah ini. jadi di sini, kita akan dapati pada bahagian bawah bracket ini akan menjadi lebih panjang sedikit dan barulah boleh dimasukkan dengan lubang asal pada blok nanti

kerja-kerja welding sedang dilakukan. untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, selepas selesai weld kita perlu grinding dan sanding permukaan yang tidak rata agar kelihatan lebih kemas

inilah hasilnya selepas proses welding, grinding dan sanding. nampak lebih kemas kan

dah pun siap dan bolehlah dipasangkan kembali pada kereta. gambar kanan ialah bahagian bawah bracket yang telah dipotong dan dicantumkan dengan bracket satu lagi. spray hitam bahagian bawah tersebut dan sedia untuk dipasangkan pada kereta. untuk mendapatkan gambarang yang lebih jelas anda boleh lihat di youtube channel saya