Proton Wira VDO Speedometer Switch

entri kali ini ialah tutorial mengenai penukaran speedometer switch bagi kereta proton wira bernadikan enjin vdo iaitu khusus yang menggunakan meter proton vdo. sekiranya anda memandu kereta jenis ini dan apabila tahap kelajuan mencapai 110kmj dengan tidak semena-mena check engine light (cel) hidup dan ketika perlahankan kenderaan tidak melebihi mileage tersebut cel akan padam. simptom seperti ini kebiasaannya disebabkan oleh speedometer switch yang terletak di bahagian belakang meter bermasalah dan perlulah ditukar dengan part yang baharu. sekiranya anda menggunakan scantool untuk mengetahui error code cel ialah P0501 vehicle speed signal (vs signal) not plausible. ikuti tutorial bagaimana proses mudah untuk menukar speedometer switch ini


ini ialah meter proton vdo bagi enjin 4g13 (1.3) yang mana hanya ada paparan fuel, mileage, dan temp sahaja. meter 1.3 ini tidak terdapat cluster meter untuk rpm. mana-mana meter proton vdo sama ada 1.3 hingga 1.8 mempunyai speedometer switch yang sama seperti mana yang akan saya paparkan di bawah ini




ini ialah bahagian belakang meter, perhatikan pada bahagian speedometer sebelah kanan yang terdapat satu wire hitam bersambung padanya. inilah speedometer switch bagi meter vdo ini. proses untuk membuka switch ini begitu mudah sekali, tetapi proses untuk mengeluarkan keseluruhan meter proton ini daripada dashboard agak sukar jugak kerana anda memerlukan membuka panel tengah dan panel meter sebelum meter ini dapat dikeluarkan

dengan menggunakan screw driver mata philips buka 4 biji skru yang terdapat pada switch ini iaitu 2 biji pada bahagian meter dan 2 biji yang bawah itu ialah yang bersambung dengan wire dan litar meter. 2 biji skru bawah dan atas tidak sama ye, pastikan jangan tertukar semasa pemasangan nanti. sebaik sahaja skru dibuka, bolehlah keluarkan speedometer switch ini dengan mudahnya

speedometer switch yang telah dikeluarkan dan akan diganti dengan yang baharu. anda boleh beli di mana-mana kedai spare part dengan harga di bawah rm50 sahaja

switch, speedometer original proton. made in malaysia

proses pemasangan kembali speedometer switch yang baharu begitu mudah. satu perkara perlu diberi perhatian ialah pastikan ribon litar yang berwarna hijau itu berada pada bahagian atas kaki switch dan barulah dikemaskan dengan skru. jangan over tighten skru ye, nanti loose pulak dan boleh sebabkan connection tak bagus. selesai pemasangan, perlu reset dulu error code dan kemudiannya barulah boleh menguji kereta anda. untuk mendapatkan video proses pemasangan yang lebih terperinci anda boleh rujuk channel youtube saya di bawah ini