4G92 Mivec Alternator

Sudah agak lama saya tidak update blog ini memandangkan kesuntukkan masa dan ditambah pula dengan kerja-kerja sampingan yang lain, namun kali ini saya berpeluang untuk membuat satu entri baharu mengenai alternator mitsubishi mivec 4G92. ramai dalam kalangan pemilik enjin ini yang sudah pasti mempunyai masalah tertentu dengan alternator kereta masing-masing kerana sebagai mana yang kita ketahui enjin mivec ini keluarannya yang agak lama dan ditambah pula akibat wear and tear sesuatu part sudah pasti akan rosak juga akhirnya


sebenarnya alternator mivec ini ada perbezaan sedikit dengan alternator keluaran enjin 4G yang lain iaitu perbezaan pada soket alternator yang mempunyai 4 wire atau pun 4 pin. bagi keluaran 4G series yang lain rata-rata menggunakan alternator yang mempunyai 2 pin atau 2 wire sahaja iaitu wire ke ignition (+) dan satu lagi wire untuk indicator pada meter

bagi enjin mivec ini juga dikenali sebagai mivec ca mempunyai 4 wire pada alternator dan mempunyai fungsinya yang tersendiri dan sudah pasti setiap pinout itu ada manfaatnya bagi enjin ini. ramai juga yang bertukar kepada alternator 2 wire untuk dipasangkan pada enjin mivec ini, kerana harga alternator mivec sekarang sangat tinggi sehingga mencecah rm400 tambahan pula kesukaran untuk mendapatkan alternator ini. faktor inilah yang menyebabkan rata-rata owner enjin ini memilih alternator 2 wire sahaja yang diambil daripada enjin 4G series yang lain seperti 4G91, 92, 93 atau pun 63

inilah rupa diagram wiring pada alternator mivec iaitu kesemuanya ada 4 pinout yang ditanda dengan huruf GSLF, berlainan sekali dengan alternator 2 wire 4G series yang iaitu SL sahaja. alternator mivec hanya 75 amp sahaja dan sebenarnya boleh diupgrade lagi sehingga 90 amp dengan menggunakan alternator mitsubishi yang lain

sekarang kita lihat fungsi dan warna setiap wire tersebut. tambahan pinout untuk alternator mivec ini hanyalah pada wire kuning (G) dan wire warna hijau (F) dan dua wire di tengah itu sama sahaja dengan kebanyakan alternator 2 wire 4G series yang lain. tambahan 2 pin tersebut iaitu G dan F akan disambung terus ke ecu yang sudah pasti ada peranannya yang tertentu

wire warna kuning atau marking G dan wire warna hijau marking F akan disambungkan ke ecu seperti mana yang tertera pada gambar di atas. wire kuning (G) fungsinya ialah which comes from the ecu and turn on the voltage regulator, manakala wire hijau (F) pula berfungsi sebagai bypasses the field current and disables the alternator. jadi sebenarnya memang ada kepentingannya alternator 4 wire ini bagi enjin mivec ca tersebut. bukan tak boleh pakai yang 2 wire, tapi fungsinya akan hilang seperti alternator 4 wire ini

ini ialah gambaran yang jelas kedudukan pinout soket alternator mivec ca. salah satu tips sekiranya anda susah hendak mendapatkan alernator mivec ca 4 pin, anda boleh mendapatkan alternator enjin CK atau waja yang juga mempunyai 4 pin yang sama. anda perlu membuat minor mod sebelum dapat menggunakan alternator CK ini ke enjin mivec CA. kita perlu keluarkan isi perut alternator CK dan memasukkannya ke dalam housing alternator mivec CA, dan boleh terus pasangkan pada enjin mivec ini. entri akan datang saya akan bincangkan cara nak covert alternator CK ke alternator mivec CA