TPS & Idle Switch

bertemu lagi dengan entri yang mungkin ada dalam kalangan pengunjung blog ini sudah mengetahui iaitu bagaimana mengubahsuai idle switch pada throttle body mivec ke throttle position sensor 4 pin khusus bagi pengguna yang masuk throttle body S90 pada enjin mivec. enjin evo/gsr tidak ada idle switch pada throttle body dan tak jadi masalah kalau pengguna enjin ini hendak menggunakan S90. kalau enjin mivec masuk throttle body S90 dan sekiranya anda tidak menggunakan idle switch makan idling kereta akan tidak stabil, naik turun dan tidak tetap kedudukannya. jadi perlul;lah idle switch ini ditukar ke TPS yang mempunyai switch, saksikan setersunya



ini ialah throttel body 4G92 mivec 60mm dan bulatan merah ialah idle switch untuk menstabilkan idling kereta. kalau diuji dengan mencabut soket ketika kereta dihidupkan, idling kereta akan naik turun dan tidak stabil

lagi gambar kedudukan idle switch pada throttle body. TB VR4 pun kalau tak silap saya ada idle switch ini begitu juga dengan enjin mitsu MVV. wire yang bersambung ke situ berwarna kuning stripe merah

ini pula kedudkan throttle position sensor pada throttle body, hanya ada pada TB mmc sahaja dan bagi pengguna wira VDO tps ini tidak ada pada TB. mivec menggunakan 3 pin TPS

bagi yang memasang throttle body 70mm S90 sudah pasti tidak akan menjumpai tempat untuk dimasukkan idle switch ini dan kalau entri sebelum ini ada saya tunjukkan bagaimana mengubahsuai bracket untuk memasang idle switch pada S90, tetapi sekarang tidak perlu lagi kerana saya telah berjawa menggunakan TPS 4 pin untuk menggantikan idle switch asal ini

idle switch hanya untuk close dan open circuit sahaja

TPS 2 pin ini tidak diperlukan lagi

bahagian dalaman TPS yang bersambung ke butterfly throttle body

inilah TPS asal mivec iaitu hanya ada 3 pin sahaja iaitu + (positif 5v), O (voltage output) dan - (ground). perhatikan ada tempat kosong di sebelah O tersebut

ini pula ialah TOS 4 pin yang boleh diperoleh dari throttle body EVO, GSR atau 4G91 yang mempunyai satu pin tambahan yang ditanda dengan huruf S (switch) dan inilah yang kita gunakan  menggantikan idle switch asal throttle body mivec tadi. cabut soket dan tambahkan wiring ke S ini

ini marking pada TPS 4 pin

jadi, pindahkan wire idle switch asal ke pin bertanda S, anda boleh ambik female pin kat soket lama dam masukkan ke dalam soket TPS asal dan sambung wire kuning stripe merah tadi. apabila telah selesai, setkan bacaan voltage TPS mengikut yang sepatutnya dan test kereta anda

sekian, terima kasih
jumpa lagi

16 comments:

Shahloh Loh said...

Salam bang... Kalu timing enjin trun naik disebabkan idle switch atau stepper motor... Idle seitch ada jual kt spare part x bang...

Anonymous said...

Salam,saya nk tanye..
Pagi2 start enjin timing idle rpm terus 900..biasanye rpm naik 1500
Boleh bg pendapat x kenapa rpm rendah?

jeff_tacra said...

pakai throttle body apa

Khairul Din said...

Salam Abf jeff,kereta saya 1.3 VDO.Idling kereta saya jadi tinggi rendah tapi bukan di tahap yg teruk sgt. Abg Jeff rasa kenapa? Sebab idling switch jugak ke?

Anonymous said...

Throttle body ae101 seg..

Shahloh Loh said...

Throtle body mivec bang...

Shahloh Loh said...

Idling switch trotle body mivec ada jual ke bang?

jeff_tacra said...

idle switch boleh cari kat kedai halfcut

botakJAWA said...

Assalamualaikum. Abg, saya guna enjin v6 6a10 auto (asal) dan convert ke manual. Sebelum convert idling ok, lps dr tu dia jd turun naik bila bukak ekon(kadang2). Saya dah ikut prosedur abg utk adjustment tps dan dari lain2 laman web mengenai adjustment tps tp tetap xmenjadi. Saya agak tps saya yg problem ( pin no.2 slps pin E-ground). Boleh x kalu saya mod buat switch sendiri utk gantikan switch dlm tps tu?

Chris Tan said...

Assalamualaikum. kereta ku proton saga lama, 1992. nak tanya kereta saya ada throttle body tak. RPM kereta hit 2k when turn off air-cond. ada apa suggestion tak

miey said...

salam ... sy pakai enjin vr4 turbo,masalhnya idling kreta sya turun naik . saya try cabut soket idle switch masa enjin hidup, enjin tiada perubahan ( tetap jgk turun naik) minta pandangan tuan

miey said...

mcm mana kita nak tahu samaada idle switch @ soket rosak ?

botakJAWA said...

Assalamualaikum bang jep. nak tanya pasal output voltage kt pin IDL. masa full close plate, brape volt dia? masa bukak brape? ape yg saya baca, volt dia masa full close 5.0v +/-. berubah je plate trus jadi 0v. betul ke?

jeff_tacra said...

kalau bagi angin semasa idle enjin itu ialah ISC atau stepper motor. idle switch dengan ISC dua fungsi yang berbeza

Azmil Aziz said...

salam abg jef..sy nk btanye..knp rpm sy tlalu rendah (bawah 700) dan tak stabil kejap naik kejap turun,lebih2 lg waktu pagi mase start kete,asyik mati je,nk kena tekan minyak sikit maintain kat rpm 1000 baru ok,bila enjin da panas drop balik kat rpm 700,buat pengtahuan abg jef,kete sy iswara enjin karburator,sy da try pegi check kat kedai,dia kate ade orang da adjust setting yg kat kaburator,sbb tu tuning nye lari,klu nk setting balik kene tinggal kete kat workshop 2 @ 3 hari,btul ke abg jef?ape yg patut sy buat?

zainudin0210 said...

hiihi sabarla cikgu.die keliru tu.