Idle Switch & TPS

bersua kembali... kali ini saya tunjukkan bagaimana menguji dan menukar idle switch jika berlaku kerosakan yang boleh menyebabkan idling menjadi tinggi sehingga boleh mencapai 1k hingga 1.5k walaupun base idle set screw (BISS) skru telah diejas. kerosakan ini jugak boleh menyebabkan rpm terlalu tinggi semasa cold start terutamanya pada waktu pagi hingga boleh mencecah 2k rpm. idle switch ini hanya ada pada throtle body mivec atau VR4 dan bagi wira mmc / evo / gsr switch ini terletak pada throtle position sensor yang ditanda dengan simbol S, akan saya tunjukkan di bawah nanti


inilah rupa throtle body mivec 60mm


kedudukan idle switch pada throtle body mivec


tempat contact switch semasa butterfly throtle tertutup. pada masa start switch ini tertutup dan isyarat dihantar ke ECU untuk mengekalkan idling kereta. kalau kita cabut soket masa idling pasti rpm kereta naik tinggi, ini menunjukkan switch ini masih berfungsi

idle switch yang dibuka dari throtle body


untuk menguji switch ini masih elok atau tidak kita tengok bacaan ohm pada multimeter. setkan kedudukan seperti di atas iaitu positif ke bahagian terminal positif dan bahagian bawah terminal negatif. tekan hujung switch ke atas dan bacaan ohm sepatutnya menunjukkan angka yang kecil seperti 0.9 atau 0.6 dan kalau bacaan tinggi dan idling pun tinggi sudah sampai masanya untuk menukar idle switch ini


semasa memasang idle switch pada throtle body dapatkan bacaan pada multimeter, pusing switch sehingga dapat bacaan ohm paling rendah dan ketatkan nat 14 untuk menetapkan kedudukan switch tersebut. pada kereta saya yang rosak bacaan 25.83ohm dan bila ditukar dengan yang lain saya dapat bacaan 0.9 ohm


bagi throtle body evo/gsr atau wira mmc switch ini tidak ada seperti throtle mivec tapi ianya terletak pada throtle position sensor (TPS) 4 pin seperti di atas, simbol S itu ialah untuk idle switch


berbanding dengan TPS mivec hanya 3 pin sahaja sebab idle switch dah dibuat berasingan seperti diterangkan di atas


kepada pengguna enjin mivec dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan idle switch boleh menggunakan TPS 4 pin dari EVO atau GSR, sambungkan wire dari throtle switch asal ke terminal simbol S di TPS


jangan lupa kalau dah buka throtle body dari intake manifold semasa memasang semula hendaklah juga dipasangkan gasket throtle seperti di atas. ini dibuat untuk mengelakkan kebocoran udara yang juga boleh menyebabkan idling kereta tidak stabil

sekian, terima kasih
jumpa lagi
salam maulidur rasul