bersua kembali... hari ini 29 november 2011, hujan mencurah-curah area kuala terengganu. biasalah di pantai timur dah sampai masa musim tengkujuh. namun aktiviti diy tetap berjalan seperti biasa pada hujung minggu ni. entri kali ini ialah pemasangan open pod air filter ke atas jentera rakan saya wira aeroback bernadikan 4G92 MIVEC jugak
open box brand new K&N 6" air filter with adapter dengan harga sekitar rm350.00 satu set. berbaloi pakai brand ni sebab lifetime warranty, cuma perlu service atau cuci setiap 50k miles yang bersamaan dengan 80k km kot. lagipun kit cleaner K&N pun ada jual di pasaran
oleh kerana adapter yang dapat bersaiz 6" to 3" jadi terpaksa yang 3" tu diubahsuai menjadi 3.5" sebab owner kereta ni nak pakai hose standard mivec. jadi saya gunakan oil filter terpakai kerana saiznya betul-betul 3.5"
jadi tak perlu membazir nak tukar adapter lain, tambahan beli pun secara online, cerewet sikit nak hantar dan tukar balik. kena lah potong oil filter seperti di atas dan rivet pada adapter
potong insulflex
jadi bentuk macam ni, nok cover tempat rivet tu, malas nak spray hitam
dah siap adapter untuk K&N 6" to 3.5"
air filter box standard mivec
dalam ni pakai K&N drop in tapi owner nak merasa open pod pulak
keluarkan air filter box standard
dah kosong tempat box air filter
inilah hose inlet air filter yang bersaiz 3.5", sebab tu saya mod adapter tadi guna oil filter terpakai
jangan lupa buat satu bracket pada bahagian bawah adapter untuk menyokong air filter ni dari jatuh ke bawah. pada adapter dah ada satu nat untuk pasang bracket
dah pun siap
inilah owner kereta tu, sempat saya rakam gambarnya, dia buat apa tak tau, hehhe... jangan marah owner kereta.. gambar ada dalam blog saya
sekian, terima kasih
jumpa lagi