throttle position sensor (TPS) mempunyai voltage antara 0.48 ketika idling dan 4.85 ketika wide open throttle iaitu semasa pedal throttle ditekan 100%. kebiasaannya bagi enjin mitsu 4G9x bacaan voltage TPS semasa on kunci ialah antara 0.48 - 0.52 dan hendaklah di set mengikut bacaan ini berdasarkan standard manual mitsubishi. jadi kali ini dipaparkan bagaimana hendak melaras bacaan voltage TPS berdasarkan bacaan sensor pada SAFC2, mudah dan tepat. ikutilah langkah di bawah, harus diingat cara ini bagi mereka yang mempunyai SAFC sahaja
kedudukan TPS pada throttle body mitsubishi khususnya bagi engine code 4G9x dan 4G63
throttle position sensor atau TPS
bahagian dalaman TPS yang bersambung atau bersentuhan dengan throttle body dan turut bergerak apabila pedal throttle ditekan bagi mendapatkan bacaan tertentu untuk dihantar pada ECU
on kunci dan jangan start kereta, perhatikan pada SAFC anda
tekan button tengah SAFC dan pilih etc seperti di atas
dapatkan sensor chk seperti di atas
perhatikan pada bacaan thrt iaitu bacaan voltage throttle 0.485v. kedudukan ini sebenarnya dah sesuai
untuk laraskan bacaan TPS ini, tekan pedal throttle 100% dan biarkan selama 10 saat dan perhatikan bacaan voltage pada masa ini ialah 4.830v. ini ialah cara untuk calibrate voltage TPS mengikut manual apexi SAFC
lepaskan pedal throttle selama 10 saat dan off kunci. bacaan pada masa ini ialah 0.510v
saya hendak mengubah bacaan TPS menjadi 0.5v, maka longgarkan skru 8mm pada bahagian atas dan bawah TPS pada throttle body dan pusingkan mengikut lawan jam jika hendak mengecilkan bacaan voltage TPS dan pusing mengikut arah jam untuk mendapatkan nilai bacaan voltage lebih tinggi
laraskan hingaa mendapat bacaan yang dikehendaki dan perhatikan bacaan voltage throttle kini menjadi 0.5000v
ketatkan semula nat tadi, dah pun siap
sekian terima kasih
jumpa lagi