cable meter kadang kala mengelauar bunyi tertentu apabila dah rosak atau pun pergerakan speedo meter nampak melaompat-lompat atau menggigil. sudag sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru, boleh diperoleh di kedai spare part, harga mengikut gred tertentu. entri kali ini saya tunjukkan bagaimana menukar meter cable pada kereta wira/lancer, cable diperoleh dari kedai halfcut dengan harga rm30 sahaja dari model evo3
cable meter evo 3 plug and play pada meter wira, pendek kata boleh masuk terus pada kereta wira tanpa ubah suai apa-apa
buka panel meter, kalau wira kena buka panel tengah terlebih dahulu barulah dapat membuka panel meter. panel meter lance hanya ada dua skru sahaja pada bahagian atas seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas
keluarkan panel meter
buka skru meter, ada 4 semuanya iaitu 2 pada bahagian atas dan 2 lagi terdapat di kiri dan kanan meter
skru meter bahagian kiri
keluarkan meter
buka soket meter pada bahagian gearbox
pusing lawan jam dengan menggunakan tangan
buka klip cable meter seperti di atas
keluarkan klip cable meter
tarik cable meter pada bahagian ruang enjin. rubber gromet seperti ini hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu daripada firewall atau dinding ruang enjin
keluarkan hujung meter yang bersambung dengan gearbox
keluarkan meter dan semasa memasukkan cable baru ulang langkah seperti yang dinyatakan di atas
pasang balik meter dan panel meter
test kereta dan pastinya meter tidak bergetar atau tidak mengeluarkan bunyi tertentu
sekain, terima kasih
jumpa lagi