Perodua Viva Bumper Removal

bersua kembali dengan entri yang di request daripada follower blog saya iaitu bagaimana membuka bumper hadapan dan lampu perodua viva. bumper hadapan viva begitu mudah untuk dibuka memandangkan hanya ada satu nat 10mm sahaja, yang lain menggunakan klip plastik. ikuti langkah-langkah di bawah ini



perodua viva 1.0 litre auto


di sinilah satu-satunya nat bersaiz 10mm yang perlu dibuka. lokasinya ialah di bahagian belakang no plate kereta, tak perlu menanggalkan no plate untuk membuka nat tersebut


bahagian hadapan atas terdapat 4 klip plastik, dalam gambar hanya nampak 3 sahaja. dengan menggunakan test pen umpil bahagian tengah klip barulah dapat dikeluarkan keseluruhan klip tersebut


bahagian kiri bumper terdapat 3 klip plastik, sama kaedah seperti yang dinyatakan di atas. begitu juga pada bahagian kanan bumper terdapat 3 klip juga


bahagian bawah bumper kiri terdapat 3 klip lagi, satu terlindung. bahagian kanan pun sama seperti ini


klip bahagian kanan bawah bumper


setelah kesemua klip dibuka, dengan menggunakan tangan umpil bermula pada bahagian tepi bumper yang persambung dengan fender, di bahagian ini terdapat clip on sahaja


bumper yang telah dipisahkan daripada kereta


untuk membuka lampu perodua viva hanya terdapat 3 nat bersaiz 10mm dan 1 klip. bahagian atas lampu seperti gambar di atas terdapat 1 nat 10mm dan bahagian kanan tu klip plastik


nat 10mm lagi pada bahagian hadapan lampu


dan akhirnya pada bahagian tepi fender di bawah bumper tadi terdapat 1 nat 10mm


gambar tempat klip bumper bahagian bawah sebelah kanan


klip bawah bumper kiri


headlamp yang dikeluarkan

sekian, terima kasih
jumpa lagi