bersua kembali dengan entri yang di request daripada follower blog saya iaitu bagaimana membuka bumper hadapan dan lampu perodua viva. bumper hadapan viva begitu mudah untuk dibuka memandangkan hanya ada satu nat 10mm sahaja, yang lain menggunakan klip plastik. ikuti langkah-langkah di bawah ini
perodua viva 1.0 litre auto
di sinilah satu-satunya nat bersaiz 10mm yang perlu dibuka. lokasinya ialah di bahagian belakang no plate kereta, tak perlu menanggalkan no plate untuk membuka nat tersebut
bahagian hadapan atas terdapat 4 klip plastik, dalam gambar hanya nampak 3 sahaja. dengan menggunakan test pen umpil bahagian tengah klip barulah dapat dikeluarkan keseluruhan klip tersebut
bahagian kiri bumper terdapat 3 klip plastik, sama kaedah seperti yang dinyatakan di atas. begitu juga pada bahagian kanan bumper terdapat 3 klip juga
bahagian bawah bumper kiri terdapat 3 klip lagi, satu terlindung. bahagian kanan pun sama seperti ini
klip bahagian kanan bawah bumper
setelah kesemua klip dibuka, dengan menggunakan tangan umpil bermula pada bahagian tepi bumper yang persambung dengan fender, di bahagian ini terdapat clip on sahaja