bertemu lagi dengan entri mengenai penukaran bearing clutch compressor, khususnya compressor ac 4G9x. sekiranya terdapat bunyian seperti dengung atau geseran pada sekitar compressor ketika enjin dihidupkan sudah sampai masanya anda memeriksan bearing clutch compressor kenderaan anda. bearing clutch ini berada pada bahagian hadapan compressor iaitu pada bahagian kepala penyambungan ke belt compressor. gas aircond tidak keluar sekiranya anda membuka pulley compressor ini
untuk membuka pulley compressor tidak perlu buka keseluruhan dari kereta, memadai hanya membuka bahagian hadapan sahaja. saya tunjukkan di sini keseluruhan compressor memandangkan terdapat sebijik compressor yang sedia ada dalam simpanan. gambar atas merupakan compressor mivec/4g91/92/93/gsr
bahagian inilah yang perlu dibuka untuk mengeluarkan bearing clutch nanti
di tengahnya ialah clutch compressor
terlebih dahulu buka 6 biji nat 8mm pada bahagia keliling seperti gambar yang ditunjukkan di atas
keluarkan bahagian hadapan setelah 6 biji nat dibuka
buka nat yang berada di tengah-tengah magnet clutuh bersaiz 12mm. haru diingat semasa hendak membuka nat ini magnet clutch ikut sekali berpusing jadi gunalah kebijaksanaan masing-masing untuk menahan daripada berpusing
setalah bahagian hadapan magnet clutch dikeluarkan
magnet clutch compressor bahagian hadapan atau boleh jugak disebut pressure clutch compressor. kalau salah tolong betulkan
gunakan playar seperti di atas untuk membuka snap ring clutch
dengan menggunakan jaw puller keluarkan clutch compressor
setelah clutch compressor dikeluarkan
gunakan skru driver flat untuk membuka atau membuang lock bearing pada sekeliling bearing seperti gambar di atas. sekiranya lock ini tidak dikeluarkan terlebih dahulu maka agak sukar untuk keluarkan bearing nanti
gunakan peralatan tertentu utnuk mengetuk keluar bearing clutch
bearing yang telah dikeluarkan dan ternyata bearing ini telah rosak. apabila memusingkan bearing ini kita akan dapat dengar geseran yang kuat sebab dah rosak
saya telah membawa ke kedai spare part untuk mendapatkan contoh bearing ini dan kebetulan ada brand NACHI iaitu brand yang sama seperti yang ada pada clutch compressor berkenaan. jadi saya suruh kedai tu press masuk je bearing dalam clutch comp, bayaran press dan bearing berjumlah RM70.00. sekarang tiada lagi bunyi bearing pada compressor
sekian, terima kasih
jumpa lagi