Water Temp Gauge For Viva

bersua lagi dengan entri terkini iaitu mengenai pemasangan water temperature gauge untuk kereta perodua viva. sebagaimana yang kita ketahui, perodua viva tidak terdapat meter penunjuk suhu seperti kebanyakan kereta lain, viva hanya ada penunjuk digital sahaja iaitu sama ada C - cold dan H - hot. jadi di sini saya tunjukkan bagaimana memasang dan proses wiring water temp gauge untuk viva

peralatan yang diperlukan ialah temp gauge yang saya beli jenis VDO dari US, temperature switch atau sensor temp rm20 di kedai spare part, adapter untuk sensor 28mm rm30 di kedai acc. hanya meter sahaja di beli di luar negara. di negara kita pun ada dijual pelbagai jenis water tamp gauge sekali dengan sensor, terpulang pada anda untuk memilihnya

temperature switch dengan thread 1/8 npt boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga rm20. temp sensor ini juga sebenarnya untuk kereta wira/mitsu yang dipasang pada bahagian kiri head kereta untuk menggerakkan penunjuk temp pada meter standard wira/mitsu

sensor adapter 28mm dengan harga rm30 di kedai accessories dengan pelbagai warna dan jenama. tertera HKS di atas tu hanya tulisan semata-mata dan saya kira bukannya barang original, tetapi boleh pakai untuk digunakan untuk menjalankan projek ini, tidak mendatangkan apa-apa masalah pun

ini diagram yang ditunjukkan pada bahagian belakang pembungkusan adapter. kita perlu potong hose radiator atas dan dipasangkan dengan adapter tersebut. sensor hendaklah dipasang dengan baik supaya tidak berlaku kebocoran coolant nanti. satu lagi kalau diperhatikan ada nat bunga iaitu untuk ground sensor, perlu sambungkan nat tersebut dengan wire ke mana-mana body kereta yang terdekat

hose standard perodua viva yang telah dikeluarkan. boelh juga menggunakan hose samco yang kebanyakan yang dijual di mana-mana kedai accessories dengan pelbagai pilihan warna

anda perlu memotong pada bahagian yang ditunjukkan seperti di atas, itulah tempat yang paling sesuai untuk di pasang sensor adapter nanti

hose yang telah siap dipotong

pasang adapter dengan kemas

pasangkan klip pada bahagian berkenaan seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas

pasangkan hose pada kereta seperti asal dan begitulah anda lihat kedudukan sesor adapter yang dipasang tadi

tibalah masanya untuk proses wiring gauge iaitu pada bahagian belakang gauge ada 3 point yang perlu disambung ke bahagian tertentu, ini khusus bagi meter temp vdo di atas dan lebih kurang sama sahaja dengan mana-mana gauge yang lain. S - untuk sensor iaitu kena tarik satu wire dari sensor pada hose tadi dan disambungkan ke terminal belakang gauge bertanda S. terminal - untuk disambungkan ke ground atau body kereta dan + untuk acc pada wire suis kereta

saya buat soket seperti di atas untuk memudahkan sekiranya hendak membuka wire pada gauge tersebut. nak sambung direct tanpa soket pun boleh dilakukan

bahagian atas dashboard viva terdapat tempat untuk airbag sebenarnya, tapi bagi viva biasa ada satu penutup pada bahagian itu dan untuk membuka penutup tersebut perlu tanggalkan dulu glove box dan tolah dari bawah dan dengan mudahnya penutup atas dashboard akan tertanggal, nampaklah ruang seperti di atas. ruang ini memudahkan anda memasukkan satu wire dari sensor tadi. perlu gunakan dawai yang disambung pada wire dan jolokkan melalui penutup getah pada bahagian engine bay dan akan keluarlah wire tadi melalui belakang blower aircond seperti gambar di atas, seterusnya tarik wire ke gauge

saya tanggalkan pillar sebelah kanan kerana ingin menempatkan gauge atas dashboard kanan, jadi memudahkan kerja-kerja wiring apabila pillar itu dibuka

setelah siap wiring start kereta dan anda akan nampak jarum temp akan naik perlahan-lahan sehingga mencapai suhu yang optimum. bagi perodua viva temp berada antara 82'C hingga 93'C. gambar atas kiri masih belum panas lagi dan kanan enjin dah panas

 video apabila enjin dah panas, off suis dan on balik meter dah berfungsi sepenuhnya

terima kasih
sincerely - jeff tacra