e-Manage Vol. 2 - MAP

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini merupakan sambungan kepada entri e-manage yang terdahulu (CLICK HERE) yang mana entri ini saya akan cuba terangkan fungsi-fungsi yang terdapat pada map e-manage blue yang kesemuanya terdapat 8 map sahaja. kebanyakan tuner hanya menggunakan map tertentu sahaja kerana ada antara map ini tidak sesuai digunakan bagi sesebuah enjin, namun semua fungsi ini bergantung kepada jenis enjin yang digunakan sama ada enjin NA atau enjin TURBO. untuk pemahaman yang lebih mendalam anda perlu merujuk kepada buku owner manual greddy e-manage blue. berikut merupakan fungsi map yang terdapat di dalam e-manage blue

  1. air flow adjustment map
  2. boost limiter cut setting
  3. anti engine stall setting
  4. optional external output setting
  5. additional injection map
  6. ignition timing adjustment map
  7. sub injector map
  8. acceleration map

air flow adjusment map

air flow adjustment map ini mengandungi 16x16 mapping table iaitu mengambil kira load enjin dengan rpm sesebuah enjin. air flow map ini sebenarnya menipu ecu sesebuah kereta dengan membekalkan voltage tertentu untuk mengawal ecu. jadi ecu menerima isyarat atau signal yang telah diubah oleh e-manage ini. air flow adjustment map ini juga mengawal kadar udara yang masuk ke dalam enjin sama ada kita hendak rich atau lean penggunaan fuel ke enjin. adjusment boleh dibuat sebanyak +50% atau pun -50% dan di sinilah perlunya bacaan air fuel ratio yang dikeluarkan oleh ekzos untuk menentukan kadar bacaan yang betul. maka wide band tuning yang menggunakan sensor wide band sangat penting untuk menjalankan proses penalaan supaya bersesuaian dengan kehendak sesebuah enjin


boost limiter cut setting

boost limiter cut berfungsi hanya untuk kereta turbo dan bolehlah kita menaikkan boost sesebuah enjin dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu. sebenarnya fungsi ini untuk membuang limit voltage yang dihasilkan oleh map sensor atau maf sensor. sebagai contoh boost standard sesebuah enjin ialah 0.6 bar dan kita boleh up lagi contohnya naikkan 1 bar dan kita boleh menggunakan map ini untuk melakukannya. bila 0.6 bar injector dah cut fuel dan kita bleh membenarkan lagi penggunaan fuel dengan menggunakan map ini


anti engine stall setting

anti engine stall setting pula ialah berfungsi untuk mengawal idling sesebuah enjin turbo khususnya semasa blow off valve (BOV) menghasilkan lebih tekanan udara. fenomena ini berlaku menyebabkan tekanan udara tadi balik semula ke air flow sensor dan hal ini menyebabkan air flow sensor akan mengesan volume kemasukan udara yang banyak, secara automatiknya ecu menghasilkan voltage tertentu untuk supply minyak yang lebih kepada injector. dalam keadaan throttle tertutup rapat ini injector akan mengeluarkan minyak yang banyak menyebabkan enjin akan menjadi seperti hendak mati disebabkan terlebih minyak yang dikeluarkan oleh injector. map ini boleh mengawal keadaan seperti di atas tadi


optional external output setting

optional external output setting ini sebenarnya untuk engine honda VTEC sahaja iaitu untuk mengawal bukaan vtec pada rpm tertentu mengikut apa yang kita set pada map ini. penggunaan minyak juga boleh dikawal ketika vtec on sama ada hendak rich atau lean berdasarkan % increment yang kita ubah pada map ini. walaupun untuk enjin vtec tetapi kita boleh mengubah suai fungsi ini untuk enjin MIVEC juga dan kita boleh mengawal pada rpm mana kita nak on mivec seperti mana vtec juga


additional injection map

additional injection map ini fungsinya untuk menambahkan fuel ketika map/maf sensor telah mencapai limit voltage tertentu bagi rpm tertentu. sebagai contohnya fuel cut pada rpm 7k dan semasa ini fuel akan menjadi semakin lean atau berkurangan. kita boleh menggunakan map ini untuk memasukkan nilai % tertentu supaya injector dapat terbuka dengan lebih lama lagi mengikut nilai % apa yang kita masukkan tadi sehinggalah kita mencapai afr yang dikehendaki. sekiranya kita tidak mahu menggunakan air flow map kita boleh menggunakan additional map ini untuk mengawal penggunaan minyak sesebuah enjin mengikut nisbah afr yang betul. bagi pengguna kereta bernadikan mitsubishi seperti enjin keluaran 4G sekiranya wire injector ini disambungkan kepada wire injector pada ecu check engine light akan keluar. untuk mengatasinya kita perlukan greddy injector adapter yang disambungkan kepada wire injector ini


ignition timing adjustment map

ignition timing adjustment map ini pula berfungsi untuk retard atau advance ignition timing sesebuah enjin. jika kita memasukkan nilai yang tepat bagi map ini kita boleh merasakan enjin kereta kita semakin bertenaga. map ini perlu gunakan dengan lebih berhati-hati kerana jika kita terlalu advance ignition boleh menyebabkan enjin menjadi knocking dan seterunya boleh merosakkan seebuah enjin tersebut. sebenarnya kita mengarahkan plug membakar campuran fuel dengan udara di dalam enjin mengikut kelajuan enjin sesebuah kereta


sub injector map

sub injector map ini berfungsi untuk mengawal injector tambahan yang dipasangkan pada sesebuah enjin sekiranya injector sedia ada tidak mampu menghasilkan afr yang dikehendaki. e-manage blue membenarkan penggunaan 2 unit sub injector tambahan dan boleh mengawalnya sama seperti kita memasukkan nilai pada additional injector map


acceleration map

acceleration map ini hanya akan berfungsi apabila additional injector map diaktifkan. tujuannya ialah untuk menambah fuel semasa kereta hendak dipecut. kedudukan throttle bermula 0%-40% sahaja, manakala rpm bermula daripada 1000rpm-5000rpm sahaja. katakan semasa kita berada pada kedudukan gear 2 rpm 1.5k dan ketika ini kita floor pedal minyak secara mengejut didapati afr menjadi lean sekejap seperti 17.0 dan sebagainya dan kembali kepada asal seperti 13.0 dalam kadar masa tertentu. hal ini disebabkan injector lambat mengeluarkan minyak dan penggunaan map ini dapat mengatasi masalah tersebut dengan menambahkan fuel semasa lean tadi dengan afr yang betul


terima kasih
sincerely: jeff tacra