Apexi Super AFC (5 button) Installation

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bertemu kembali dengan entri pemasangan serta wiring yang perlu dilakukan untuk memasang apexi super AFC atau lebih dikenali sebagai 5 button dalam kalangan peminat dunia automotive. atas permintaan beberapa orang followers blog ini yang meminta saya memuatkan entri berkaitan pemasagan engine management jenis ini, maka saya tunaikan permintaan mereka, lagipun tidak ada lagi entri mengenai 5 button ini dalam tutorial saya sebelum ini


inilah gambar super afc (5 button) yang masih boleh diperoleh dalam pasaran semasa sekarang ini (gambar sumber google). market sekarang saya kira sekitar rm350-rm450 bergantung kepada kondisi barang tersebut. walaupn dah berusia tetapi management ini masih relevan dan dapat menjalankan perkhidmatannya dengan baik pada hari ini. ye lah kan... sekarang banyak management yang boleh dipilih oleh pengguna sama ada jenis piggyback mahupun stand alone dengan harga tertentu dan bergantung pada budget anda. super afc ini dikenali juga sebagai 5 button kerana terdapat 5 button sahaja yang mewakili rpm tertentu seperti yang terdapat pada gambar di atas


tutorial kali ini saya khususkan pemasangannya pada enjin proton/mitsu yang mempunyai kod enjin 4G13/15/91/92/93/63. fokus utama tutorial ini ialah pada enjin mmc kod 4G13/15/mivec yang menggunakan map sensor, namun saya juga akan tunjukkan switching untuk type select dan car select bagi enjin yng menggunakan sistem air flow sensor seperti enjin 4G91/92/93/63. langkah pertama ialah kita perlu mendapatkan 3 soket utama ecu seperti gambar di atas iaitu pada sebelah kiri di bawah dashboard kereta


sekarang perhatikan pada bahagian belakang 5 button ini dan anda akan dapati terdapat 2 jenis switch yang perlu diubah iaitu type select dan rotary switch car select. switch ini perlu berada pada kedudukan yang betul mengikut jenis enjin yang anda gunakan barulah management ini akan dapat berfungsi dengan baik

switching 4G13/15/mivec

4G13/15/mivec


switching 4G91/92/93/63

4G91/92/93/63


ok berbalik pada proses wiring iaitu terdapat 6 wire utama pada afc ini iaitu putih, kuning, hitam, merah, biru dan hijau. kebiasaannya bagi enjin mitsu/proton wire biru tidak akan digunapakai



berpandukan pada diagram di atas bolehlah memulakan proses penyambungan wire pada beberapa wire yang terdapat pada ecu kereta. wire merah tap pada wire 12v ecu dan hitam tap pada wire ground di ecu. wire hijau ialah untuk rpm juga perlu ditap pada wire rpm ecu. manakala wire kuning ialah untuk disambung pada wire air flow output dan wire putih pula ialah untuk air flow input. anda perlu memotong wire air flow dan disambung untuk input dan output seperti yang tertera pada diagram di atas


gambar atas ialah diagram ecu untuk enjin mitsu dan proton mmc. rujuk pada diagram afc dan pinout ecu ini untuk melakukan proses tapping dan penyambungan wire. sekiranya ecu anda tidak mempunya wire rpm anda bolehlah menyambung wire hijau pada afc pada pinout crank angle sensor pada soket ecu


apabila selesai proses wiring, kemaskan segala wire yang berkaitan dan setkan button pada 0 terlebih dahulu. on kunci dan start kereta anda dan pada ketika ini sepatutnya logo super afc dan button akan hidup seperti gambar di atas. apabila anda rev kereta pada rpm tertentu sepatutnya button akan mengeluarkan lampu merah menandakan rpm berfungsi pada afc ini. dah selesai maka bolehlah anda tuning kereta anda mengikut tuner masing-masing

terima kasih
sincerely: jeff tacra