Ignition Switch Services

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

apa khabar semua, diharapkan semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping tugas-tugas harian anda. ok, entri kali ini saya paparkan bagaimana kita hendak servis ignition switch iaitu alat yang terdapat pada bahagian belakang kunci kereta anda, bukan cylinder switch kunci ye. ignition swtich inilah yang berfungsi untuk menghidupkan kereta semasa kunci dipusing pada kedudukan start dan akan berpatah balik kepada kedudukan ON apabila kereta hidup dan kunci dilepaskan kembali


terdapat beberapa masalah pada ignition switch ini yang memerlukan kita servis alat ini. salah satunya ialah contact mekanikal di dalam switch ini tidak berapa cantik dan boleh menyebabkan kita gagal untuk start kereta, kena pusing kunci beberapa kali barulah kereta berjaya dihidupkan. satu lagi masalahnya ialah kunci boleh menjadi panas dan seterusnya merebak haba kepanasan ini kepada wire 12v constant dan ada kalanya boleh menyebabkan soket kunci menjadi cair dan rosak. apabila adanya tanda-tanda ini maka perlulah kita servis ignition switch ini atau menukarnya kepada yang baru



gambar atas menunjukkan kedudukan ignition switch pada bahagian belakang kunci. terdapat soket yang dipadankan pada ignition switch ini. bagi kereta mitsu/proton kebanyakannya seperti pada gambar yang tertera di atas. cara membukanya ialah unplug soket dan buka satu nat philips pada bahagian tepi ignition switch dan dengan mudahnya ia daapt dikeluarkan daripada housing kunci kereta

anda tidak perlu mencabut keseluruhan housing kunci tersebut, hanya memadai mengeluarkan ignition switch itu sahaja. gambar atas saya tunjukkan untuk memudahkan pemahaman anda dan mendapat gambaran sebenar kedudukan housing kunci serta kedudukan ignition switch pada steering shaft kereta

dengan hanya mebuka satu nat philips sahaja kita dah dapat keluarkan ignition switch tersebut. gambar menunjukkan ignition switch (alat hitam dan putih) yang dipisahkan daripada housing kunci dan soket ignition

umpil klip penutup belakang switch ini dengan berhati-hati dan hasilnya akan menjadi 3 bahagian utama seperti yang tertera pada gambar di atas. bahagian 1 iaitu alat pertama merupakan mekanikal ignition switch yang perlu di servis dan akan dikeluarkan satu-persatu alat-alat di dalamnya nanti. alat ke-2 itu ialah contact pada switch yang disambungkan dengan soket kunci dan manakala bahagian ke-3 ialah penutup belakang switch tersebut

inilah segala peralatan yang dikeluarkan daripada housing putih ignition switch tadi. terdapat 2 keping tembaga sebagai contact switch, 2 biji bebola besi dan 5 spring kecil. perlukan perhatian yang lebih kerana sekiranya salah satunya hilang maka ignition switch ini tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna

2 komponen ini perlu dicuci dengan baik kerana terdapat gris pada bahagian ini yang selalunya gris tersebut dah menjadi keras dan seterusnya boleh menyebabkan contact ignition ini tidak betul-betul sempurna. anda perlu cuci dan letak gris baru, boleh cuci dengan wd40 pun tak apa

keseluruhan komponen ignition switch yang berperanan utama untuk menghidupkan kereta dan seterusnya mengekalkan voltage kepada keseluruhan kereta kita

saya menggunakan wd40 untuk menghilangkan gris-gris lama dan kemudiannya dengan menggunakan kertas pasir untuk melicinkan lagi permukaaan tembaga seperti pada gambar. apabila dah siap, pasang balik peralatan ini dengan baik, sapukan gris baru dan pasangkan semula pada kunci kereta. hasilnya anda akan dapati ialah pergerakan semasa memusingkan kunci untuk menghidupkan kereta menjadi lebih smooth daripada sebelumnya

terima kasih
sincerely - jeff tacra