CA4A Mivec - Clutch Replacement

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri kali ini membicarakan tentang penukaran set clutch bagi enjin mivec dan penukaran clutch ini juga boleh diaplikasikan terhadap mana-mana enjin proton atau mitsu yang seangkatan dengannya. sesungguhnya penukaran set clutch ini merupakan suatu kerja yang agak rumit kerana perlu membuka dan menurunkan gearbox terlebih dahulu untuk menjayakan penukaran clutch ini




kerja-kerja membuka gearbox bukanlah suatu kerja yang mudah memandangkan kita perlu melakukan kerja-kerja berat, ini bermakna juga hampir separuh daripada enjin kereta perlu dibuka (gearbox) dan memerlukan peralatan yang mencukupi seperti jack kereta, jack stand dan tools lain untuk membuka segala nat yang berkaitan. saya hanya melakukan kerja-kerja ini secara seorang diri sahaja dan tidak ada pembantu lain yang membantu saya. ini bermakna bukanlah saya hendak mendabik dada dapat melakukan kerja-kerja sebegini seorang diri. malahan saya cukup senang dengan membuat kerja seorang diri, lebih fokus dan segala kerja lebih teratur dan kemas. nampak bersihakan gearbox di atas selepas dicuci daripada kotoran

saya memilih set clutch heavy duty dariapda jenama exedy made in japan, dan pastikan barangan yang anda beli itu betul-betul original daripada pihak pengeluar kerana sekarang ini banyak part imitation yang dijual secara berleluasa di pasaran negara kita. minyak hitam pun banyak yang imitation, lebih-lebih lagi part lain pun tidak terkecuali daripada fenomena ini.


spring leaf pressure clutch exedy ini mempunyai 3 spring dan plate clutchnya pula dikenali sebagai organic clutch. clutch release bearing pula saya gunakan brand NSK japan (tiada dalam gambar)

saya tidak tunjukkan kerja-kerja membuka gearbox kerana anda boleh search entri terdahulu mengenainya. gambar atas menunjukkan pressure clutch yang dikeluarkan daripada enjin dan ternyata pressure clutch ini masih boleh diguna pakai lagi untuk beberapa tahun mendatang. asalnya pressure clutch ini saya beli daripada halfcut dengan harga hanya rm30 sahaja dan kemudiannya saya mengenakan cat biru (honda blue) untuk nampak kelihatan baru. tak nampak pun bila pasang di kereta nanti

apa yang dapat diperhatikan daripada gambar di atas, nampak sesuatu kan. memang sesuatu yang agak mengejutkan apabila saya membuka gearbox kereta iaitu terdapat serpihan besi spring clutch plate yang terselit pada 'kuku' pressure clutch (cover clutch) dan ternyata besi ini adalah hasil daripada spring kuning yang patah (damper clutch). nasib baik tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan yang besar pada flywheel atau gearbox itu sendiri. clutch plate ini merupakan clutch plate custom disc iaitu menggunakan disc yang telah di pasang semula pada plate terpakai

cuci terlebih dahulu permukaan flywheel supaya bebas daripada habuk dan kotoran clutch lama. pasangkan clutch  plate dengan clutch alignment tool seperti yang tertera pada gambar untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan clutch ini. dengan tool ini kedudukan clutch plate betul-betul berada pada kedudukan yang tepat dan tidak senget ke tepi. anda juga boleh merekacipta sendiri alignment tool ini mengikut kreativiti masing-masing

kemudian pasangkan pula clutch cover seperti ini. ketatkan nat clutch dengan torque yang betul iaitu dengan menggunakan torque wrench dengan ikatan sebanyak 15ft.lbs sahaja. ketatkan kesemua nat dan anda harus double check supaya kesemua nat tersebut telah dipasang dan diketatkan keseluruhannya

apabila selesai pasangkan balik gearbox dan segala part lain yang telah dibuka iaitu seperti

  1. crossmember
  2. driveshaft kiri dan kanan
  3. starter
  4. ketatkan nat mounting gearbox dan pada crossmember
  5. masukkan minyak gearbox (2 liter)
  6. dan part-part lain yang berkaitan