T10 LED For Meter

bertemu kembali... kali ini diy yang saya lakukan ialah bagaimana menukar bulb meter kepada jenis LED warna biru. sebenarnya untuk menukar LED ini bukan suatu kerja yang rumit cuma perlu buka meter dan dapatkan LED jenis T10 kat kedai accessories sebanyak 5 biji. kalau 4 biji pun dah cukup tapi cahaya nanti malap pada satu bahagian tertentu yang akan ditunjukkan nanti. nak keluarkan meter lancer mitsu sangat mudah jika nak dibandingkan dengan meter wira kerana kalau pada kereta wira kita kena buka dulu panel tengah dan panel meter, barulah meter dapat dikeluarkan. boleh lihat di sini untuk mengetahui bagaimana mengeluarkan meter proton wira

ini meter lancer dibuka dari dashboard. bagi sesiapa yang memakai meter dan dashboard lancer tidak sesukar mana untuk membuka meter ini jika dibandingkan dengan meter wira. harus diingat meter wira tidak dapat menukar LED ini kerana memang dah sedia warna hijau pada meter berkenaan, jadi tetap akan keluar hijau jugak nanti melainkan meter wira keluaran terdahulu yang berlatar belakangkan warna hitam sahaja dapat buat


perhatikan ada 4 biji soket meter yang besar (bulatan merah) dan satu soket kecik (bulatan kuning). 5 bijik inilah yang perlu ditukar untuk mengubah cahaya meter nanti


lima bijik bulb standard yang telah dikeluarkan termasuk satu bulb kecik di kanan sekali


ini pula ialah LED warna biru. macam-macam jenis dan bentuk LED boleh diperolehi di mana-mana kedai accessories tapi pastikan jenis T10 sahaja yang boleh dimasukkan pada soket asal kat meter nanti


bulb standard dah dikeluarkan dari soket meter


masukkan LED pada 4 soket besar dan satu lagi kena mod sikit untuk dimasukkan pada meter nanti. ini dilakukan kerana LED tidak dapat dimasukkan pada soket kecik tersebut


cahaya biru apabila LED menyala nanti


pasang balik LED dan soket dan seterusnya pasang pada meter


LED ini lah yang perlu di mod sedikit supaya dapat masuk seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas


peralatan yang digunakan untuk mod satu LED tadi


solder wayar pada kaki + dan - LED seperti di atas


kemudian solder pada board meter seperti ini


masukkan kepala LED ke dalam lubang meter untuk bulb kecik tadi


bila dah siap, benginilah hasilnya. terpulang pada anda untuk memilih warna background kegemaran masing-masing

sincerely
jefftacra