Bosch Horn Wiring Diagram

entri kali ini boleh dikatakan begitu senang untuk dilakukan iaitu bagaimana menggantikan horn sedia ada pada kenderaan masing. kalau cuma ganti pada tempat asal lagi senang kerja, cucuk soket je kat horn baru tapi kalau hendak menambah horn lain maka perlulah dilakukan proses wiring dan menambah 1 spdt relay untuk menstabilkan bunyi horn berkenaan. seterusnya saya tunjukkan bagaimana proses wiring horn baru, biasa kedai accsorroes mengenakan caj rm30 untuk proses wiring, kita sebenarnya boleh lakukan secara DIY sahaja



sepasang horn BOSCH brand new dengan harga sekitar rm60 sahaja. banyak terdapat di mana-mana kedai spare part atau kedai accessories pun ada horn jenis ini. pemilihan jenis horn bergantung pada cita rasa masing-masing




jangan lupa beli juga spdt relay sama ada 5 kaki atau 4 kaki. kita nak guna hanya yang 4 kaki sahaja dan untuk memudahkan proses wiring nanti belilah sekali soket relay harness seperti pada gambar atas sebelah kiri, harga relay sekitar rm10 dan soket rm5, lebih kurang macam ni kot harganya


gambar soket lagi, boleh beli berasingan. dengan adanya soket relay ini dapat memudahkan kera wiring nanti dan hasilnya pun akan kelihatan kemas, biasa kedai acc tak guna pun soket seperti ini, hanya cucuk pin pada kaki relay sahaja, lama-kelamaan akan longgar dan boleh tertanggal


pin untuk dicucuk pada horn nanti, boleh beli kat mana-mana kedai jual peralatan letrik/letronik. harga pun murah je


dah terminal untuk dipadankan pada horn nanti, warna kuning tu untuk 12v dan hitam untuk body. mana-mana color wire pun boleh asalkan penyambungannya nanti betul


cucuk pada terminal horn seperti di atas dan jangan lupa pastikan terlebih dahulu yang mana 12v dan mana ground (+/-) biasa ada tertera pada horn


dah siap cucuk pada horn


sekarang proses wiring iaitu wire hitam gabungkan sekali dan tap pada - iaitu mana-mana body kereta, biasanya cari nat bersaiz 10mm yang sedia ada pada kereta longgarkan dan sambung termina ground ni pada bahagian berkenaan. manakala wire kuning pula ialah disambung pada kaki 87 relay seperti gambar di bawah ini



lihat pula wiring pada relay, iaitu kaki 87 disambung pada terminal + horn baru. kaki 85 relay sambung ke wayar ground asal horn iaitu wire negatif(-) horn asal. kaki 86 relay sambung ke wire 12v horn asal iaitu wire ini sebenarnya dah ada pada horn asal, cuma cabut dari horn asal dan tap ke kaki 86 relay. kaki 30 relay tarik wire terus ke terminal + bateri, pasang fuse 10a satu pada jarak lebih kurang sejengkal dari terminal + bateri tadi


untuk memudahkan pemahaman sila rujuk pada digram di atas


buka horn lama


gantikan horn lama dengan yang baru, bila dah siap bolehlah test horn tersebut


gambar ni ialah horn standard proton wira iaitu berada di kiri dan kanan bawah headlamp. nak keluarkan horn asal ni kena buka bumper terlebih dahulu. boleh juga ganti horn baru kat sini dan proses wiring seperti di atas tidak perlu dilakukan lagi, cucuk terminal pada horn baru, selesai

sekian, terima kasih
jumpa lagi