Alternator Carbon Brush Replacement

bertemu kembali. entri kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak menukar carbon brush bagi sesebuah alternator kereta. alternator merupakan nadi penyumbang sistem eletrikal kereta dan sekiranya alternator bermasalah maka sesebuah kereta pasti bermasalah dan akhirnya kereta tidak dapat dihidupkan apabila alternator rosak terus. indicator bateri pada panel meter memainkan peranan yang sangat penting bagi memberitahu kita masalah-masalah tertentu pada alternator, jadi kita haru peka dengan lambang atau simbol bateri ini. sekiranya simbol ini berkelip-kelip menunjukkan tanda ic atau regulator pada alternator bermasalah dan sekiranya simbol ini hidup berterusan bermakna carbon brush pada alternator sudah habis, akibantnya charge tidak akan dikeluarkan oleh alternator dan seterusnya menjadikan sistem letrikal kereta tidak berfungsi.

bagi mengetahui tanda-tanda alternator bermasalah atau hampir rosak, kesemua peralatan letrik kereta gagal berfungsi seperti lampu malap, lampu dalam kereta berkelip-kelip dan malap, sistem radio terhenti dengan sendiri dan lain-lain lagi. tak lama lagi rosaklah alternator tersebut. untuk menguji sesebuah alternator kereta sama ada cemerlang atau sebaliknya, start kereta dan biarkan panas seketika, cabut terminal negatif bateri kereta. sekiranya kereta tiada perubahan apa-apa dan hidup seperti biasa, alternator kereta anda sihat walafiat dan sebaliknya jika kereta mati sebaik sahaja terminal negatif dicabut alamatnya alternator kereta anda rosak dan tunggu masa kereta mati sendiri dan tidak dapat dihidupkan apabila kuasa bateri habis. berikut merupakan cara-cara untuk menukar carbon brush alternator kereta semoga menjadi panduan kepada kaki-kaki kereta yang berminat untuk melakukannya sendiri secara DIY


keluarkan alternator daripada kereta. pastikan terminal negatif pada bateri dibuka terlebih dahulu kerana wire + dari bateri bersambung terus ke alternator. kemungkinan spark akan berlaku sekiranya perkara tersebut tidak dibuat. gambar atas merupakan alternator 4g92 mivec ca yang menggunakan 4 pin pada soket

buka nat bersaiz 8mm pada bahagian hadapan alternator seperti gambar di atas. kebiasaannya terdapat 4 biji nat sahaja

setelah kesemua nat dibuka, ketuk perlahan-lahan bahagian hadapan alternator supaya terpisah dengan bahagian housing belakang

ini ialah bahagian hadapan alternator

housing belakang alternator

pada bahagian ic alternator inilah terdapatnya 2 carbon brush, boleh dilihat melalui lubang tengah alternator. penutup putih itu ialah cover tempat sambungan alternator. anda perlu buka penutup tersebut

gambar setelah penutup dibuka

gunakan solder untuk mengeluarkan carbon brush asal

kelihatan bahagian tengah lubang berkenaan carbon brush telah dikeluarkan

carbin brush atas kelihatan pendek dan sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru, biasanya ada jual di mana-mana kedai bateri. bawah tu ialah carbon brush yang saya akan masukkan sebagai mengganti yang lama yang saya ambil daripada starter yang rosak

carbon brush telah berjaya dipasang

masih boleh bertahan lagi melebihi 5 tahun kot

peralatan kerja saya

pasangkan balik pada kedudukan asal

bila dah siap pasang maka bolehlah pasang balik pada kereta. jangan lupa sambungkan terminal negatif bateri tadi dan start kereta anda. perhatikan simbol bateri pada meter kalau-kalau menunjukkan tanda-tanda yang tidak sepatutnya

bacaan bateri semasa mula-mula start kereta saya ialah 14.1 - 14.2v dan ini menunjukkan alternator berada dalam keadaan sihat. bila charging dah cukup voltage akan stabil pada 13.7 - 13.8v

sekian, terima kasih
jumpa lagi