How To Touch Up Your Car With Spray Paint

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

bersua lagi kali ini dengan entri bagaimana kita hendak touch up cat kereta dengan menggunakan spray tin atau lebih dikenali sebagai cat bancuh. biasanya permukaan kereta yang hendak dicat bukanlah merupakan suatu permukaan yang besar seperti pintu, bonet, bumbung dan sebagainya. kita hanya hendak mengecat semula permukaan yang kecil seperti side mirror, skirt sama ada hadapan, tepi atau belakang, grill, spoiler dan lain-lain lagi. permukaan kecil seperti ini sangat sesuai kalau kita menggunakan spray tin atau cat bancuh tadi

mengapa selalu cat ini disebut sebagai cat bancuh dan cat spray ini bukanlah ready made seperti kebanyakan spray tin biasa yang boleh dibeli begitu sahaja. cat bancuh ini sebenarnya merupakan cat kereta yang menggunakan brand dan code tertentu, dibancuh sedikit supaya sesuai dengan warna asal cat kereta dan kemudiannya barulah dimasukkan ke dalam tin spray menggunakan mesin khas. bukan semua kedai cat menyediakan perkhidmatan seperti ini, hanya kedai cat tertentu sahaja yang menawarkan cat bancuh ini. bagi yang tinggal di terengganu, khususnya di kuala terengganu, anda boleh membeli cat ini di lokasi jalan gong kapas, berhadapan dengan sekolah rendah gong kapas kuala terengganu. nama kedai ialah cheng seng bersebelahan dengan kedai repair seat dan berdekatan juga dengan kedai tayar. harga satu tin rm26.50 sahaja. yang pasti anda perlu membawa kereta atau mana-mana bahagian kereta yang bercat seperti penutup minyak petrol untuk disesuaikan dengan cat yang hendak dibeli. bagi kedai di kuala terengganu, dia minta bawakan kereta atau mana-mana part asal untuk menjadikan cat sama dengan warna asal kereta, kalau tidak dia tidak akan buat cat tu untuk kita

saya ambil contoh untuk mengecat skirt depan kereta saya. pertamanya kita perlu menggosok pemukaan cat lama dengan menggunakan kertas pasir grit 500, kertas pasir mestilah water proof dan kita perlu gunakan air bagi menggosok permukaan supaya rata. biasalah kan, skirt depan ni selalu terkena batu-batu kecil dan lama kelamaan cat akan tanggal dan meninggalkan sedikit kesan lubang-lubang kecil pada skirt tersebut. gosok sedikit sahaja dulu dengan kertas pasir tadi sehingga rata sedikit sahaja. lubang-lubang kecil masih ada dan perlu ditutup dengan menggunakan simen kereta

selesai kerja-kerja menggosok dengan kertas pasir 500 kita sapukan pula simen kereta jenis halus dan bukannya jenis kasar ye, sebab kita hendak menutup lubang-lubang kecil akibat percikan batu itu tadi. letakkan simen ini hanya sekadar menutup lubang dan jangan terlalu tebal sangat, nanti susah pula untuk kita menggosok kali kedua dan seterusnya. apabila putty ini dah mengeras maka kita perlu menggosok dengan kertas pasir 800 atau 1000 grit juga dengan menggunakan air. apabila dah rata dan licin akhir sekali gosok pula dengan kertas pasir 200 grit, tak nak guna 2000 pun tak apa, memadai dengan menggunakan 1000 grit sahaja. apabila dah licin, tunggu sehingga kering dan bersedialah pula untuk proses mengecat dengan spray bancuh tadi

tutup bahagian lain dengan surat khabar supaya tidak kena dengan cat yang akan dispray nanti. layer pertama spray nipis dahulu dan tunggu sehingga 5 minit barulah dispray dengan layer kedua yang lebih tebal sedikit dengan layer pertama tadi. tunggu sehingga 10 minit kemudiannya spray dengan layer ketiga dan begitulah seterusnya sehingga kita berpuas-hati dengan hasil yang diinginkan. apabila layer terakhir dikenakan, tunggu sehingga 15 minit dan kemudiannya barulah dispray dengan clear beberapa layer sehingga siap. bagi setiap layer dan untuk spray layer berikutnya tunggu beberapa minit dahulu, kalau spray tebal terus sudah pasti cat atau pun clear akan meleleh dan mengalir ke bawah dan ini menyebabkan hasilnya nanti tidak akan cantik

apabila dah siap maka terhasillah seperti gambar di atas, warna nampak sama dengan asal, cat pun nampak berkilat dan baru. selepas satu atau dua hari maka bolehlah kita polish cat tersebut untuk melicinkan dan meratakan lagi permukaan cat tersebut. sebelum polish, gosok dulu dengan kertas pasir 2000 grit sekadar untuk meratakan permukaan cat baru. kemudian polish sehingga licin dan rata

inilah hasil yang dispray pada spoiler gsr dan saya kira dah mencapai usia melebihi 5 tahun, ternyata cat masih cantik dan tidak pudar lagi. warna sama seperti cat asal kereta

spoiler standard wira atau lebih dikenali sebagai spoiler itik, juga menggunakan cat bancuh dan juga menggunakan kaedah yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas. apa yang penting ialah cat bancuh ini menghasilkan warna yang seragam dengan body kereta dan lebih tahan lama sama seperti menggunakan spray gun di kedai. kalau upah spray di mana-mana bengkel cat sudah pasti menelan belanja yang tinggi juga. DIY menjimatkan...

terima kasih
sincerely: jeff tacra